Tempahkan Bilikku Di Neraka

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:25 PTG

Saya baru sahaja menerima email daripada seorang sahabat tentang sebuah kisah, dan saya rasa elok kisah ini kita kongsi bersama sebagai teladan. Renung-renungkanlah...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup Barat telah menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Walaupun tinggal di bumi Islam, pakaian gadis itu amat menjolok mata; begitu nipis sehingga hampir terlihat segala apa yang patut disembunyikan oleh seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Di dalam bas itu, ada seorang lelaki tua yang sudah beruban menegur gadis muda jelita itu, "Wahai pemudi, alangkah baiknya kalau kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam kamu, dan itu adalah lebih baik daripada kamu berpakaian begini dan pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki."

"Siapa kamu wahai orang tua?" tanya gadis itu kembali. "Apakah di tangan kamu ada kunci syurga? Atau kamu memiliki kuasa yang boleh menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang menghiris perasaan orang tua itu, si gadis tertawa, mengejek panjang. Tidak cukup dengan itu, dia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat, "Ambil ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar kata-kata gadis tersebut. Para penumpang lain turut terdiam sambil menggeleng-geleng, tidak mahu menasihati gadis itu lagi kerana khuatir dia akan terus menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas tiba di perhentian. Gadis bermulut celupar itu didapati tertidur. Puas pemandu bas dan para penumpang mengejutkannya, tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Datanglah orang tadi untuk memeriksa nadi si gadis, lalu menggelengkan kepala. Si gadis jelita bermulut celupar itu telah menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Semua yang ada begitu cemas dengan kejadian itu.

Dalam kekalutan itu, tiba-tiba tubuh si gadis terjatuh di pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah itu. Tetapi sesuatu yang aneh lagi mengejutkan terjadi. Jenazah si gadis menjadi hitam legam. Malah, tangan orang ramai yang menyentuhnya terasa panas dan hampir melecur.

Adakah hasrat si gadis untuk menempah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar supaya kita menjadi Muslim sejati dan jangan sesekali mempertikaikan hukum Allah dan sunnah RasulNya.

Wallahu'alam.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review