Hari ini mood menulis tidak kunjung tiba untuk saya menyiapkan manuskrip-manuskrip yang bersusun menunggu masa untuk disiapkan. Sudah letih ibu saya membebel menyuruh saya menyiapkan segera. Iyalah, ibu mana yang tidak mahu melihat buku anaknya terbit lagi dan bersusun di rak kedai buku?
Tetapi tidak mengapa. Hari ini saya siapkan sebiji kek untuk ibu dan ayah. Hihihi :) Sebelum ini saya pernah membuat kek beri biru ini tetapi di bawah pengawasan kakak ipar saya yang sememangnya pakar membuat kek. Anda boleh melihat sendiri hasil air tangan kakak ipar saya di sini.
Okay! Mula-mula, sediakan bahan-bahannya dahulu; tepung campuran kek span, telur, susu yang dicampur air dan minyak jagung.
Campur semua bahan kecuali minyak jagung yang hanya akan dicampur sambil adunan dipukul nanti.
Jom pukul!!!
Macam inilah rupanya adunan yang telah siap dipukul.
Tunggu apa lagi? Jom masukkan dalam loyang...
Kita bakor, kita bakor. Kita bakooooooorrr!!!
Inilah rupa kek span kosong yang sudah siap dibakar. Kena tunggu sejuk sedikit sebelum memulakan acara menghias.
Kek span tadi dipotong di bahagian tengah dan disapu dengan golden syrup. Kenapa? Golden syrup inilah yang membuatkan kek sedikit lembab dan tidak kering. Pecah sikit kek tu semasa proses memotong. Wuwuwuwuwu...
Kemudian kek disapu pula dengan krim putar dan jem beri biru. Comot kan? Hihihi...noob punya hasil kerja macam inilah. Tengok pun tak selera!
Hmmm...belum pass lagi bab main dengan noozle dan aising. Tangan keras lagi untuk bermain dengan seni menghias kek.
Inilah rupa kek beri biru yang saya buat setelah siap dihias. Memang comot. Tapi tak mengapa, boleh cuba lagi nanti :)
Tunggu apa lagi? Takkan nak tengok saja? Jom makan!
Suku kek sudah habis dingap :) Mujur ibu dan ayah cakap "Sedap!" Alhamdulillah...Hihihi :)