Dia Hina Islam, Atau Anda Sebenarnya Yang Menghina Islam Tanpa Sedar?

ditaip oleh Hani El Zahra at 4:15 PG 1 000 orang comel komen sini
 
 
Haluuuuuuu! Lamanya tak menconteng arang di muka blog ni. Super busy & super malas merantai diri di samping sibuk dengan bisnes kecil-kecilan serta kembali aktif membuang masa di IMVU. Oh my!

By the way, di pagi buta yang banyak nyamuk ni, saya ingin mengomen sikit tentang isu paling panas kat Malaysia sekarang (Malaysia kan memang macam ni, bila 1 benda tu panas, punya laa panas, kejap ja tu, nanti timbul benda lain, lupa laa...haha!), apa lagi kalau bukan video berhari raya bersama anjing oleh Maznah @ Chetz Yusof.


Oh well. mari kita amik scene yang sama, jangan tukar apa pun, kecuali kita gantikan anjing tu dengan ayam, kambing, kucing atau kura-kura, rasa-rasanya ada tak yang kata beliau menghina Islam? Ada?

Mesti laa tak ada. Sebabnya, orang Melayu ni pantang sangat dengan anjing. Apa-apa yang melibatkan anjing itu dosa besar bagi mereka. Sejak lahir pun sudah diajar untuk membenci anjing. Anak-anak diajar untuk membaling batu setiap kali nampak anjing, dan mereka mengaku mereka Muslim sejati...

Saya bukan menyokong sesiapa, apatah lagi menyokong apa jua bentuk penghinaan terhadap Islam. Saya juga tidak menyokong aktiviti membawa anjing masuk ke dalam rumah (e.g. ruang tamu, bilik tidur). Tetapi mungkin interpretasi saya lain, dan interpretasi orang lain, lain pula. Mereka mendakwa anjing itu diambil wudhuk. Tetapi apa yang saya lihat, hanya membasuh kaki, bukannya ada tertib wudhuk di situ.

Isu berlatarbelakangkan takbir raya pula.  Haish...saya nak tanya...kalau laa anda menonton drama, filem, atau dokumentari yang berlatarbelakangkan masjid, & azan sedang berkumandang, tiba-tiba seekor anjing enterframe, adakah itu juga dianggap sebagai menghina Islam?

Adakah mereka juga menghina Islam kerana membenarkan jejaka cacat penglihatan ini membawa anjing ke masjid? Siap ada tempat khas kat masjid untuk anjing tu melepak siap ada mainan sekali. Hehe!

 

Fenomena orang Melayu yang anti anjing & cepat melatah apabila melibatkan anjing, seolah-olah anjing itu pembawa sial amatlah annoying. Bagi mereka, mendekati anjing iru teramat besar dosanya. Teringat pula saya akan statement yang dikeluarkan oleh seorang mamat di laman Facebook tentang menyentuh anjing tidak lama dahulu;

"Sentuh anjing tu haram. Sentuh awek takpe sebab kite sayang dier."

Astaqfirullahala'zim! Saya percaya itulah yang menjadi pegangan orang kita, dan mereka masih mengaku mereka Muslim sejati.

Tolonglah fahami status anjing dalam Islam yang sebenar-benarnya. Janganlah keluarkan fatwa sendiri hasil didikan nenek moyang yang anti anjing tak tentu pasal. Berhujah biarlah berdasarkan Quran & Hadith. Bukan berdasarkan fatwa songsang atuk kau! LOL! :P

Kepada yang bermati-matian kononnya anda memperjuangkan Islam dengan cara memaki hamun di SINI, tanya diri anda sendiri, berapa ramai antara anda yang syahid di situ? Berbakulkah pahala anda memaki hamun wanita itu? Kepada yang mengkafirkan beliau, siapa anda untuk mengkafirkan orang? Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu tidak mencerca atau mengkafirkan orang, Mengapa anda fikir anda lebih mulia dari Baginda sehingga anda lebih layak melabel orang sebagai kafir?

Begitu juga kepada hamba ALLAH ini yang hanya tahu mengeluarkan statement berbaur fitnah akibat ketandusan point;


Yang hairannya, mereka yang mengeji & mengkafirkan Maznah @ Chetz ini, tidak pula mempunyai imej seorang Muslim sejati, Yang wanita berpakaian tetapi seperti bertelanjang, dengan aksi menjuihkan bibir ala-ala anak itik Tok Wi (weih tolong aaa!!!) terpapar di profile mereka. Yang lelaki pula berseluar pendek atas dari lutut & memakai rantai pula.  Tidakkah anda rasa yang anda juga menghina & mempersenda Islam?

Pelik, tetapi itulah realiti bangsaku...


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review