Mat Rempit Lapar Mampus

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:55 PG 3 000 orang comel komen sini
 

Pagi semalam rumah saya didatangi seorang pak cik  di mana pak cik ini telah diamanahkan oleh pihak masjid untuk collect duit daripada para penduduk yang beragama Islam untuk jamuan moreh yang bakal diadakan Ramadhan nanti.

Untuk pengetahuan anda, pak cik ini adalah di antara insan yang berhati mulia yang masih wujud di Nibong Tebal ini tatkala rata-rata manusia yang menetap di sini sangat-sangat bencikan haiwan. Rutin harian beliau adalah memberi makanan kepada stray cats & dogs yang bergelandangan di sekitar kawasan market Nibong Tebal setiap pagi & petang.

Semoga ALLAH SWT memberkati hidup & memurahkan rezeki pak cik ini sekeluarga. Amin...

Namun, diri ini yang sememangnya dilanda stress tahap infiniti sejak dua menjak ini bagai nak meletup apabila mendengar cerita beliau tentang suatu peristiwa di mana sekumpulan mat rempit durjana memukul seekor anak anjing yang tidak berdosa beramai-ramai & hanya berhenti apabila ditengking & dimarahi beliau.

Tak cukup meragut orang, sekarang pukul haiwan pula sebab haiwan tak bawa handbag untuk anda ragut?

Wahai mat-mat rempit bangsat perosak agama, anda layak digilis treler.

Sepatutnya mat-mat rempit ni yang deserve to be euthanized...not the innocent stray animals!

Kepada manusia-manusia yang terlalu bencikan haiwan, sesungguhnya anda menghidapi masalah sakit jiwa yang sangat kronik. Sila dapatkan bantuan dengan segera.

Kepada pembunuh-pembunuh upahan majlis perbandaran & dewan bandaraya serta pengarah-pengarah majlis/pihak berkuasa tempatan, bersyukurlah anda tidak dilahirkan sebagai seekor anjing.  

But sadly, you might have taken the human physical form but inside, you guys are worst than the devil. 

Jika anda seekor anjing, barulah anda sedar bagaimana rasanya diri dihina, dipukul, diburu & akhirnya dibunuh tanpa ehsan.




Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Dekan Universiti Zalim

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:51 PG 4 000 orang comel komen sini
 

Sedang syok check my facebook, I suddenly came across this on one of the animal lover community pages...


Dear all animal lovers..
Minta bantu sebarkan..tempat hubby saya berkerja telah keluar notis untuk letakkan these two poor cats to sleep..These 2 cats tak bersalah pun tapi disebabkan dekan kat kampus ni tak suka kucing jadi notis telah dikeluarkan..Buat sementara waktu esok we all akan bawa balik rumah..tapi tak boleh nak jaga sebab ada kucing jalanan yang sedang dikuarantin sedang dijaga..lagipun these 2 cats tak boleh dipisahkan..sebab too close to each other..Minta bantu sebarkan!! Thanks.

Lokasi: U** kampus KL
Jantina: both jantan
Kondisi: sihat

One of the commenters tu cakap it is in UTM kampus KL & she used to take care of these poor cats when she was once a student there. Mesti sedih :'(

I just want to say these 4 words... "Dekan Tu Sakit Otak".  

Sia-sia ada pangkat & ada harta. Tapi dengan kucing pun nak sakit hati. Padahal kucing tu apa pun tak ada. Cuma nak tumpang hidup saja. Kucing tu juga makhluk ALLAH SWT & merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW & baginda melaknat mereka yang membunuh haiwan untuk dipersia terutama sekali kucing.

Rasanya lebih baik dekan tu saja yang sepatutnya di put to sleep kan.

There's no use that you become a dean in a university but obviously you don't have any brain, not even a heart. Such a pervert! You better donate your brain to the cow because the cow knows better how to use it.

I wonder who is this heartless human being & I'd love to see his/her troll face too & ask my furry friends to pee on his/her face.

***Update: Alhamdulillah, meow-meow tu dah ada adopter. Tengok sini. Thank you so much kepada semua yang membantu. May ALLAH bless all of you. Amin.


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Saya Teringin Nak Tengok Burung Terbang Lagi...

ditaip oleh Hani El Zahra at 11:54 PG 4 000 orang comel komen sini

"Saya tak minta emas permata. Saya cuma perlukan makanan, air, tempat berteduh & kasih sayang. Saya sebatang kara di dunia ini. Saya tiada ibu & tiada saudara. Saya takut kalau orang-orang yang naik van hijau tu buru saya lagi. Mereka nak bunuh saya & kaum saya! Saya tak nak mati lagi! Saya masih kecil. Saya teringin nak tengok burung terbang lagi. Tolong....tolong saya..."


Uwaaaaaa! Air mata dah macam hujan ni. Please anyone with an angelic heart out there. This puppy needs help. I can't afford anymore here since my house is not that big to accommodate more. Ikutkan hati, memang nak sangat ambil dia tapi saya tak mampu. I already have 17 cats & 1 adult dog (still under medical treatment). Plus my mom selalu kena goosebumps bila anjing datang rapat.

So I really hope masih ada insan berhati mulia yang sudi mengambil puppy ni. He's a good puppy, I can assure you. Please call me for details: 012-300 6082

I live in Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Penang. Hopefully sesiapa yang agak-agak dekat & boleh ambil puppy ni, please please please do so. May God bless you for your help & concern.



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Haha...Kan Dah Terkena Kat Muka Sendiri!

ditaip oleh Hani El Zahra at 11:00 PTG 1 000 orang comel komen sini

Hari ni saya kena stomach ache...not stomach egg okay! Haha! Minum home made choco ice blended banyak sangat punya pasal kot. So, layan sajalah cerita-cerita kontot di bawah. Ada mesej tau. Enjoy!

Situasi 1

Ramlah & Ana Ismail dalam perjalanan pulang dari rumah Umi seusai sesi bergosip yang sudah menjadi rutin harian mereka setiap petang.

Ramlah: Tu...tu...Hang tengok dia tu. (sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang memberi makanan kepada seekor anjing)
Ana Ismail: Hoi pompuan! Hang ni pasai apa hah? Anjing pun nak tolong! Biaq la anjing tu mampuih kena bunuh dengan majlis perbandaran hari tu! Bodo punya oghang! Dah tak tau halal haram!
XXX: (tersenyum) Mak cik berdua setiap petang dok bergosip & mengumpat tu...tak haram ke?

Ramlah & Ana Ismail cepat-cepat goyang punggung berlalu dari situ dengan wajah macam dalca basi.

Situasi 2

Seorang wanita berbaju T ketat & berskirt pendek melintas di sebuah kawasan rumah kedai dengan lenggok persis Paris Hilton. Dia sedang membetul-betulkan rambutnya yang ditiup angin seraya terjerit kecil bajet comel.

Wanita seksi: OMG! You! Kenapa you bagi makan anjing tu? Nanti dia gesel-gesel you...atau dia jilat you nanti...ewwwwwwww...! You ni nampak macam Muslimah habis tapi anjing ni haram pun you tak tahu eh? How lame! (mencebik)
XXX: (tersenyum) Cik, cik dedah aurat tu tak haram ke?
Wanita seksi: Huh!!! @#&!lembu$#&**@!siputsedut@%^!@#@!!!

Lenggok Paris Hilton bertukar menjadi langkah Godzilla. Malangnya, tumit stiletto berwarna pink yang dipakai wanita seksi berkenaan patah lalu dia terpeleot di situ. Wahahaha!

Situasi 3

Seorang gadis & seorang lelaki sedang berjalan berpegangan tangan di sebuah taman. Sesekali si gadis kelihatan manja melentokkan kepalanya ke bahu si lelaki manakala si lelaki mencuit hidung aweknya itu.

Gadis: Assalamualaikum akak.
XXX: Waalaikumsalam.
Gadis: Akak, kenapa akak pegang anak anjing tu?
XXX: Oh, anak anjing ni duduk kat tengah jalan sana tu tadi. Akak angkat dia letak di sini sebab akak nak bagi dia makan.
Gadis: (menggeleng kepala) Ish ish akak ni. Kalau akak pegang anjing tu kan nak kena samak la, sertu la, itu la. ini la. Lecehlah!
XXX: Tak apa. Bulu anak anjing ni kering & tangan akak pun kering. 
Lelaki: Tapi anjing kan haram. Akak tak tahu ke? (pandang XXX atas bawah dengan pandangan yang sungguh kerek)
XXX: Adik berdua ni siapa ya? Adik & abang ke?
Gadis: Ini boyfriend saya kak. (sambil melentokkan kepala ke bahu mamat bajet handsome itu)
Lelaki: Ha'ah, dia awek saya. Cun kan awek saya? (sambil tersengih tayang gigi kuning)
XXX: Ooo couple la ni. 
Gadis & lelaki: Iye...iye...(serentak mereka menjawab dengan muka bangga tak ingat)
XXX: (tersenyum...heh, kerja senyum je dia ni) Adik-adik berdua ni bersentuhan seperti suami isteri padahal bukan, macam mana nak hapuskan dosa bersentuhan dengan yang bukan mahram tu ya? Kalau akak pegang anak anjing ni, akak boleh sertu. No problem. Korang macam mana ya?

Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu dengan wajah bak tempe basi mereka bergegas dari situ tanpa berpegangan tangan lagi.


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Blog Review: The Voice Of Aunty Umairah

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:25 PG 0 000 orang comel komen sini
 

Malam ini saya ingin membawa anda semua untuk menerjah ke sebuah blog yang sangat best & lain dari yang lain! Jangan malu-malu. Tekan SINI untuk melawat blog The Voice Of Aunty Umairah.


Siapa Aunty Umairah?

Aunty Umairah adalah seorang pencinta & aktivis haiwan. Rutin harian beliau adalah memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan 2 kali sehari di beberapa premis terbiar berhampiran tempat tinggal beliau. Selain itu, Aunty Umairah adalah seorang animal rescuer & menyediakan tempat tinggal untuk kucing-kucing yang diselamatkan oleh beliau. Kalau tak silap saya, dah lebih 6 dozen kucing-kucing Aunty Umairah. Kan aunty? =^_^=

Kenapa anda perlu melawat blog Aunty Umairah?

Blog Aunty Umairah menyajikan banyak ilmu yang kita tak tahu, atau mungkin terlepas pandang mengenai spesis haiwan yang agak kurang disenangi oleh masyarakat Melayu khususnya, iaitu anjing.

Banyak isu-isu penting yang dikupas oleh beliau & ditulis dengan cara yang amat mudah difahami. Selain itu, kisah-kisah haiwan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW juga dapat anda baca di blog beliau.

Saya sangat-sangat berharap persepsi anda terhadap anjing berubah selepas anda melawat & membaca artikel-artikel yang disediakan oleh Aunty Umairah. Tak perlu takut pada anjing & jangan hina anjing lagi ya. Kesian anjing. Anjing pun makhluk ALLAH SWT juga.

Klik SINI untuk melawat blog beliau & jangan lupa untuk 'like' facebook fanpage beliau di SINI.

We need more Aunty Umairah in Malaysia!


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

The Mysterious Cycle

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:45 PG 2 000 orang comel komen sini
 Hahahahaha! Macam betul. 

Anyone agree? 

Raise your foot please!



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Uh Oh Kantoi! (>_<)

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:39 PG 0 000 orang comel komen sini
 

Petang tadi, saya dengan penuh ceria berjalan ke supermarket yang hanya mengambil masa 5 minit dengan berjalan kaki (dekat kan?) sambil membawa 1 plastik kibbles. Setelah memberi kibbles tersebut kepada beberapa ekor kucing & anjing jalanan, saya pun masuk ke dalam supermarket untuk meneruskan agenda bershopping. Woohoo!

Macam-macam saya ambil, tapi based on the shopping list yang my mom tulislah. Kalau ada pun yang tak masuk dalam list, hanyalah face toner. Hehehe, tumpang sekaki :P

Dah habis semua barang-barang dalam shopping list tu masuk dalam bakul, now to the counter! Tengok semua cashier tu, alamak semua Melayu. Habislah aku! Kantoilah!


Dengan muka selamba & penuh innocent, I started to put all the goods on the counter. Minah cashier tu pun ambil & scan barang one by one until kawan dia yang tolong masukkan barang ke dalam my shopping bag tu terpana & terkesima melihat ini...


"Makanan anjing? Bela ka?" Dengan mulut ternganga & ekspresi wajah yang penuh kehairanan.

"Bagi anjing liar." Suka hati mulut ini menjawab sambil tersengih menunjukkan gigi rabbit. Uhuk uhuk...

"Sekarang tulis novel lagi?"

"Aiiikkkkk?" Giliran saya pula yang ternganga, terpana & terkesima. Macam mana akak ni tau pula? Tiba-tiba terasa diri ini sangat glamour. Wahahahaha!

"Errr..haah. Tapi tak siap lagi. Macam mana akak tau?"

"Alah, hari tu kan adik lepak kat kedai baju masa hujan lebat."

Pok! Pok! Pok! *face palm*

Rupa-rupanya akak ni dulu kerja kat kedai baju yang saya pernah tumpang berteduh masa hujan lebat. Kalau tak silap, last year kot. Memang kami sembang-sembang. Lama jugalah kami bersembang tu. Kebetulan masa tu akak tu tengah pegang novel, so of course la saya promote novel saya juga.

Ish ish, akak ni ingat muka saya lagi. Wuwuwu, kenapalah orang senang ingat muka saya ni eh? Tak best lah!

Masa on the way balik, saya terjumpa pula makhluk ini.


Sorry gambar tak cantik. Dia susah sikit nak posing. Maklumlah, shy shy cat. Kesian tengok dia macam hilang arah. Mesti baru kena buang. So I brought him home. My mom panggil dia Sunquick. Adoi!

Oh human being, please please please stop littering your kittens/cats/puppies. Kucing & anjing bukannya sampah nak buang sana-sini. Kalau majlis perbandaran or dewan bandaraya tangkap, these animals kena bunuh tau!  

So please, jadilah manusia yang berhati perut. Jangan jadi macam sesetengah manusia yang asyik nak complaint to those municipal council suruh tangkap & bunuh stray animals. Tak baik tau.

Rasanya tak perlulah sakit hati kat haiwan-haiwan ni selagi they don't cause any harm. Takut kalau asyik nak sakit hati kat haiwan, kita pula yang sakit jiwa. Kan?


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review