Deko Rumah Mesra Kucing =^_^=

ditaip oleh Hani El Zahra at 5:45 PTG 3 000 orang comel komen sini

Anda semua mesti ada rumah idaman kan? Same goes with me, cuma belum ada rezeki *sobs sobs*. Tapi my dream house lain sikit tau. I want my dream house to be cat-friendly. Tengok gambar-gambar kat bawah ni.


Meriah kan? Sekali pandang macam rumah hamster pula. Warna-warna tu kot colourful sangat. Mesti happy kucing-kucing kat rumah ni kalau dapat duduk rumah macam dalam gambar-gambar ni. InsyaALLAH kalau ada rezeki. Wuwuwuwuwuwu...


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Menangis Tengok Video Ni (T_T)

ditaip oleh Hani El Zahra at 6:27 PTG 0 000 orang comel komen sini

*sobs sobs*

Hari ni tak nak tulis berdepa-depa. Tadi I came across this video & masa dok layan, tiba-tiba air mata meleleh. Sedih sangat tengok. Tangkap leleh wa cakap luuuu... Erk?! (o_O)

Haiwan pun ada perasaan kasih sayang terhadap manusia yang berbuat baik terhadapnya. Kita bagaimana? Harap-harap video ini dapat menukar persepsi manusia yang bencikan haiwan. Semoga ALLAH bukakan hati mereka yang bencikan haiwan & menanam sifat ehsan ke dalam hati mereka. Amin.




Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Kalaulah Haiwan Boleh Mengundi...

ditaip oleh Hani El Zahra at 5:47 PTG 2 000 orang comel komen sini

 

Ever occur to you why some of us can be this much concerned with animals suffering? Because government is not. Why not? Animals don't vote. - Paul Harvey  

I am very very disappointed! Memang dah agak, those Petknode owners tu hanya didenda RM12 ribu, iaitu RM6 ribu seorang untuk 30 pertuduhan. So RM200 untuk setiap pertuduhan. No jail sentence. Seriously, this is unfair! Klik SINI untuk melihat gambar-gambar kekejaman mereka & fakta yang diputarbelit oleh peguam mereka.

Adakah sebab haiwan-haiwan tu makhluk yang tak boleh bercakap, so hak mereka untuk hidup di bumi ALLAH dipandang remeh? Kalaulah haiwan tu boleh bercakap or you boleh guna untuk menang pilihanraya, entah-entah those animals dapat iPad brand 1 Malaysia seekor satu kot? *trollface*

Tolonglah pinda akta yang layak flush dalam toilet tu. It doesn't make sense anymore! Tolonglah guna akal apabila nak gubal laws. Tapi kalau dah pinda pun, how about those majlis perbandaran & dewan bandaraya yang bunuh haiwan jalanan konon untuk mengawal populasi?

Come on, killing is not the only way to control the strays population. Kalau orang tu ada hati perut & ada iman, I believe dia takkan sanggup membunuh. 

Saya sendiri pernah melihat seekor anjing jalanan dibunuh kejam oleh majlis perbandaran. Padahal anjing tu tak pernah ganggu sesiapa & dia sendiri pun takut dengan manusia. Memang tak berhati perut langsung. Shame on this neighborhood yang rata-rata memang anti haiwan. *sigh* Jangan sampai ALLAH turunkan bala sebab manusia semakin lupa diri. Bumi ni bukan untuk manusia sahaja. Remember that!!!

Oh, nak control populasi haiwan, you bunuh. Nak control populasi drug addicts macam mana pula? Bela kan? Kenapa tak bunuh drug addicts padahal they are fond to merompak & membunuh orang to get money to buy drugs? Why??? Sebab drug addicts tu manusia yang boleh bercakap? Sebab stray animals tu haiwan yang tak boleh bercakap so stray animals layak dibunuh? And the most important reason, animals don't vote! So nyawa animals tak bernilai? 

Enough killing the strays please!!! Why not catch the strays, neuter (mandulkan) & cari orang yang nak adopt. Kalau tak ada pun, lepaslah balik. At least bila dah neuter, dia tak membiak. Kalau negara lain boleh buat, kenapa tidak kita? Tak payah bagi alasan susah. Memang semua benda susah, apa yang senang? Benda lain tu kita nak ikut sangat, bila bab haiwan, tak nak ikut pula.

Tak payah sibuk-sibuk nak bela panda. Tolong ambil tahu & ambil kisah tentang haiwan jalanan yang terbiar di negara kita ni dulu. Kalau setakat nak poyo menunjuk-nunjuk ada panda, baik tak payah. Padahal kebajikan haiwan-haiwan yang sememangnya warganegara Malaysia ni tak diambil peduli langsung. 

The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated - Mahatma Gandhi

 

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Petknode: Esok Hari Penentuan!

ditaip oleh Hani El Zahra at 10:58 PTG 0 000 orang comel komen sini


Any animal lover here? Kalau anda pencinta haiwan, you might have heard about this Petknode massacre yang terjadi semasa cuti hari raya Aidilfitri tahun lepas. These 2 idiots didakwa di mahkamah & esok adalah hari penentuan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas these 2 idiots yang sangat-sangat zalim! Dah bunuh kucing pun boleh sengih lagi huh?

For those yang never heard about this, you might want to check THIS & boleh baca apa yang dikelentong oleh the loyar yang defend these 2 idiots dekat SINI. Kalau dekat, for sure I'll be there but I'm here in Penang. Arrrggghhh!

COME AND GATHER WITH US TO HEAR THE COURT'S RESULT.
VENUE : MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA
DATE : 28 JUNE 2012, 9.00 AM.

PUT ON YOUR RED/BLACK ATTIRE AS A SUPPORT TO FIGHT ANIMAL CRUELTY!

I really want to step on their faces & fart! I know I'm harsh so what??? They deserve it! They deserve the worst!

I just hope that Akta Binatang 1953 tu...adoiiiiiiii...pleeeeaaassseee la! Kalau denda RM200 tu, vaksin 5 ekor kucing je lepas. Kalau dah ketinggalan zaman tu, tolonglah pinda & tukar yea. Takkan akta zaman batu tu pun nak pakai lagi? Agak-agaklah. Kalau denda ciput macam tu, tak lama lagi pupus kot haiwan kat Malaysia ni.

Anyone willing to show their supports please do so tomorrow. Let's fight animal cruelty in Malaysia!!!

And for those yang rasa something should be changed for the sake of animal welfare, please do so HERE. Haiwan-haiwan di luar sana perlukan bantuan anda. Please. Kepada sesiapa yang dah isi, thank you so much!



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

E-Novel: Sayang Hamtaro (Bab 2)

ditaip oleh Hani El Zahra at 8:01 PTG 2 000 orang comel komen sini
                            

Klik SINI untuk membaca Bab 1

Jenab Kembang mengaduh. Urat-urat pinggangnya terpulas, barangkali sudah bersimpul. Beg plastik yang dibawanya tersadai di sebelah. Bawang besar dua kilo yang diborong di kedai Senah Rempit tadi tergolek di sana sini. Ada juga yang tergolek masuk ke dalam longkang yang baunya mengalahkan bau bangkai biawak.

Paling Jenab Kembang tidak tahan, telapak tangannya mendarat elok-elok di atas najis lembu. Masih lembik dan panas lagi. Lahabau punya lembu! Ini mesti kerja lembu-lembu si Sugumaran! Lembu-lembu dia sahaja yang suka meronda di sini! Tuduh Jenab Kembang di dalam hati.

Meon terkebil-kebil. Sangkanya dia terlanggar lembu tadi, rupa-rupanya manusia. Cepat-cepat Meon kutip bawang-bawang yang masih boleh diselamatkan lalu dimasukkan semula ke dalam beg plastik. Dalam hati Meon menikus. Meon takut benar kalau tapak tangan Jenab Kembang yang sememangnya kembang itu naik ke muka Meon. Meon tidak sanggup wajahnya bertempek najis lembu.

Padil dan budak-budak itu semakin galak. Kalau tadi mereka hanya gelakkan Meon, tetapi sekarang aksi berani mati Jenab Kembang membuatkan budak-budak itu semakin menjadi-jadi. Urat perut mereka seperti hendak putus melihat Jenab Kembang landing baik punya. Mereka amat pasti, Meon pasti dimaki hamun dek Jenab Kembang nanti.

“Setan punya budak-budak! Kau orang gelakkan aku ya?!”

Jenab Kembang menggentel-gentel najis lembu yang bertempek itu menjadi sebesar guli, lalu dibaling ke arah budak-budak berlima itu. Mereka bertempiaran menyelamatkan diri dari terkena peluru tidak berpandu Jenab Kembang.

“Nah! Amik lagi!”

Peluru berbau kelat dan masam itu berterbangan di udara.  Beberapa butir mengenai sasaran. Budak-budak itu pula terjerit-jerit seperti terkena histeria apabila peluru Jenab Kembang mengenai tubuh mereka. Mangsa yang paling parah tentunya Padil. Lariannya tidak sekuat budak-budak yang lain. Perutnya yang boroi itu bergoyang-goyang.

“Rasakan! Kau orang gelakkan aku lagi ya?! Amik ni!”

Meon ternganga melihat Jenab Kembang yang seakan-akan lupa diri mengalahkan perangai kanak-kanak darjah dua. Tetapi Meon tidak mahu masuk campur. Meon tidak mahu dirinya pula yang menjadi mangsa peluru najis lembu itu.  Eeeiii, tak sanggup!

Setelah budak-budak berlima yang terpekik terlolong seperti baru disampuk jin itu jauh menghilangkan diri, barulah Jenab Kembang berhenti. Termengah-mengah wanita separuh abad itu. Dadanya berombak sakan. Padahal dia bukannya berlari seperti budak-budak itu pun. Dia masih terduduk di situ.

“Mak cik…minta maaf!” berkerut-kerut muka Meon. Beg plastik berisi bawang yang dikutip tadi dihulur ke arah Jenab Kembang.

“Hei, aku pula nak kena minta maaf kat kau? Banyak hensem muka kau?! Ni…kau nampak tangan aku ni? Nak aku tempek kat muka kau pula?!”

“Erk..” Meon menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Baru dia sedar bahawa ayat serta intonasi yang digunakan tadi salah. Tentu Jenab Kembang juga tersalah tafsir.

“Bukan, bukan! Aku minta maaf mak cik.”

Jenab Kembang mendengus. “Banyaklah kau punya maaf! Tangan aku ni, siapa nak cuci? Kau nak cuci?”

“Erk…tak nak!”

Meon memecut. Sumpah dia tidak mahu mencuci tangan Jenab Kembang yang bertempek najis lembu itu. Walaupun diberi upah lima puluh sen pun dia tidak sanggup!

“Hoi! Kalau ye pun, tolonglah angkat aku bangun!” jerit Jenab Kembang.

Meon tidak berpaling pun. Dia takut Jenab Kembang hanya membuat muslihat. Entah-entah kalau dia menolong Jenab Kembang bangun, nanti dia akan dipaksa mencuci tangan Jenab Kembang pula. Meon tidak mahu! Lagipun Jenab Kembang berat. Mustahil budak lelaki bertubuh kecil sepertinya mampu mengangkat Jenab Kembang.

Meon terus memecut, sampai bayang Jenab Kembang pun tidak dapat dilihat lagi. Lagipun waktu sudah hampir maghrib. Kata emak, kalau langit semakin gelap, maksudnya sudah hendak masuk waktu maghrib. Kata emak lagi, kalau sudah masuk waktu maghrib, banyak hantu merayau-rayau di sini.

Meon tidak pernah tengok hantu. Kalau pernah pun, Meon ternampak di kaca televisyen di gerai makan Ramli Sirap. Orang cakap wajah hantu hodoh dan menakutkan. Tapi bila Meon nampak di kaca televisyen hari itu, macam manusia yang bertempek bedak sejuk sahaja.

Kalau begitulah rupa sebenar hantu, maknanya hari-hari Meon nampak hantu. Emak hari-hari pakai bedak sejuk. Rambut emak juga mengerbang macam hantu. Jadi tiada beza antara rupa hantu dengan emak. Buat apa Meon takut dengan hantu kalau rupa hantu sama saja macam rupa emak?

Meon lega. Dia kini betul-betul berada di hadapan pintu rumahnya yang sudah tertutup rapat. Memang kebiasaan apabila petang semakin tua, emak akan menutup pintu. Selalunya Meon pulang awal, sebelum emak menutup pintu. Cuma hari ini Meon terlewat sedikit.

Meon baru sahaja hendak menguak pintu apabila satu lembaga bertempek bedak sejuk dengan rambut mengerbang, terlebih dahulu membuka pintu sambil bercekak pinggang menyambut kepulangan Meon.


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Tolong Kami Bantu Kami :3

ditaip oleh Hani El Zahra at 10:31 PTG 8 000 orang comel komen sini

Meow...

Hai...nama saya Montelo. Saya dahulu adalah seekor anak kucing yang ditinggalkan di tepi longkang bersama adik saya. Saya telah diselamatkan oleh seorang amoi yang menjaga saya selama beberapa minggu & kemudian diserahkan kepada tuan saya sekarang. Malangnya adik saya pergi dahulu *sobs sobs*. Kini saya tinggal di sini dengan beberapa ekor kucing lain.

Saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk membantu rakan-rakan saya di luar saya yang kurang bernasib baik terutama sekali yang masih belum mempunyai tempat tinggal. Harapan saya supaya mereka tidak dihapuskan. Nyawa mereka juga berharga & mereka hanya ingin menumpang hidup di dunia ini.

Anda semua baik hati kan? Kan? Oleh itu, bantulah kawan-kawan saya supaya hak mereka untuk hidup di dunia ini tidak dipandang remeh. Malangnya kami tidak boleh berkata-kata. Hanya anda yang boleh membantu melindungi & memperjuangkan hak kami! Pwease...pwease...pwease...

Anda boleh membantu kami dengan mengisi SURVEY ini. Tak lama pun, sekejap saja. Hanya 5 minit diperlukan untuk membantu beribu-ribu kawan-kawan saya di luar sana. Semoga Tuhan merahmati hidup anda yang membantu kami. Amin...


Saya sudah isi. Anda?


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Kucing & Kacang

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:56 PG 0 000 orang comel komen sini
 

Tersebutlah kisah di suatu petang, saya sedang enak mengunyah kacang rebus (alah, kacang tanah yang ada kulit tu, yang jual kat pasar malam bentuk 3 segi balut pakai suratkhabar sebungkus RM2 tu). 

Sambil mengunyah, saya sedang berchatting. Syok gila makan kacang rebus sambil berchatting atas katil. Woohoo! Tiba-tiba datanglah si Kenit, kucing crossed-Persian kesayangan saya berwarna hitam bak Dayang Senandung tu dengan muka paling comel. Dengan selamba si Kenit tu naik atas katil & duduk di sebelah saya.

Saya pun biarkan sajalah. Memang selalu pun Kenit macam tu. Saya teruskan lagi aktiviti tidak berfaedah sambil mengunyah kacang rebus. Tiba-tiba saya tersedar ada sebiji kacang rebus terjatuh atas katil. Saya pun kutiplah. 

Saya baru hendak picit kacang rebus yang dikutip tu apabila saya berasa sesuatu yang aneh. Awat kacang rebus ni lembik semacam & macam...macam... Saya dekatkan kacang rebus yang saya kutip itu ke hidung...&...

Arrrrrgggggghhhhhh!!!

Itu bukan kacang rebus, tapi si Kenit baru 'melepas' kat litter box dia tapi dia tak habis teran agaknya. Lalu dengan bangganya dia ter'teran' belen tu atas katil saya! Yang paling tak boleh tahan, rupa, saiz & warna benda alah tu pula sama dengan kacang rebus yang saya makan! Uwaaaaaaaaa!

This is Kenit, the culprit...Susah benar nak ambil gambar dia ni. Camera shy la konon...


Nasib baiklah tak masuk dalam mulut lagi...Pheeewwww!



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Segmen Tambah Follower Blog

ditaip oleh Hani El Zahra at 5:46 PTG 19 000 orang comel komen sini

 

Cepat! Cepat! Klik sini!
Tarikh tutup: 24 Jun 2012 
Jam: 6 petang



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

E-Novel: Sayang Hamtaro (Bab 1)

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:01 PG 1 000 orang comel komen sini

“Hei! Pergi sanalah! Siapa yang hendak berkawan dengan kau! Kau tu buruk! Kotor! Busuk! Bodoh pula tu!”

Mata Meon berkelip-kelip mendengar sumpah seranah Padil yang kejam itu. Sesekali Meon lap hingusnya yang meleleh dengan belakang telapak tangan. Tangannya yang comot dengan lendir-lendir kuning yang melengas itu kemudiannya disapukan pula pada kemeja-T lusuh dan bercompang-camping.  Di bahagian bawah lengan bajunya pula sudah berlubang-lubang. Apabila disapa angin, wah macam aircond!

“Aku pun nak main juga.” kata Meon, tidak tahu malu. Sudah masuk lima kali dia memujuk-mujuk Padil supaya dia dapat bermain bola sepak bersama Padil dan kawan-kawan.

“Aku kata tak boleh, tak bolehlah! Tak reti-reti lagi?” jerkah Padil lagi.

Padil bukan abang Meon, bukan juga bapa Meon. Padil juga bukan ketua kampung atau anak ketua kampung. Bagaimana pula mereka hendak ada ketua kampung kalau mereka tinggal di kawasan setinggan?

“Kenapa aku tak boleh main?”

“Sebab kau tu buruk! Faham?!”

Meon angguk, tanda faham. Tapi Meon tidak faham, kenapa pula dia tidak boleh bermain bersama-sama Padil dan kawan-kawan hanya kerana dirinya dipanggil buruk?


“Tapi aku nak main juga.”

Mata Padil mulai merah. Hidungnya kembang kempis, seperti kerbau jantan yang sedang marah kerana dilayangkan kain merah di hadapan mata. Cuma tidak ada asap berkepul-kepul yang keluar dari lubang hidung Padil yang besar.

“Bongok!” 

Serentak itu juga Meon terhumban ke tanah. Wajahnya mencium lumpur pekat yang berbau hanyir. Malah Meon tertelan sedikit jus selut itu. Meon tersedak-sedak.

“Hahahahahahahahaha!!!”

Ketawa pecah berdekah-dekah. Padil gelak paling kuat di antara semua. Betapa bangganya dia dapat menumbuk wajah kecil milik tubuh kurus kering itu tadi. Aksi Meon yang memusing setelah mukanya ditumbuk tidak ubah seperti aksi di dalam filem Tamil.

“Nak lagi?”

Meon bangun perlahan-lahan. Tangannya menyapu selut-selut yang sudah menjadi seperti topeng. Kalau dibiarkan kering, pasti boleh jadi seperti clay mask yang dipakai wanita-wanita kononnya untuk mencantikkan kulit.

Padil masih lagi ketawa. Perutnya yang boroi seperti perut orang kaki todi terhinggut-hinggut sekali. Kalau diikutkan hati, mahu saja Meon cucuk perut Padil dengan jarum, biar meletup macam belon.

Meon angkat kaki dari situ. Kalau ditunnggu lagi, bukannya dapat main. Kalau merayu macam mana sekali pun, tetapi Padil tidak membenarkan Meon main bersama. Entah-entah, lagi teruk pula tubuh kurus kering yang hanya punya tulang dan kulit milik Meon dibelasah.

“Buruk! Buruk! Buruk!”

Meon pekakkan telinga. Meon tidak marah. Malah, telinga Meon sudah lali dengan panggilan itu. Sudah jadi seperti nama glamour pula. Meon tidak pasti kenapa dia dipanggil buruk. Kata emak, Meon kacak, Meon tampan. Tapi kena tunggu sampai Meon besar. Sekarang ini pun bukan Meon tidak kacak, tidak tampan. Kata emak lagi, cuma Meon comot sahaja, bukan buruk.

Meon tengok Padil pun bukannya elok sangat. Kulitnya hitam legam dan ada kudis. Giginya rongak dimakan ulat dan perutnya boroi. Kepalanya pula gondol. Emak Padil membotakkan kepala Padil kerana kutu suka benar tinggal di sana. Kenapa pula orang tak panggil dia buruk? Kenapa Padil sendiri tak panggil dirinya buruk?

“Busuk! Busuk! Busuk!”

Meon mempercepatkan langkah. Meon tahu dirinya busuk. Bukan Meon seorang, tapi Padil dan kawan-kawan juga berbau busuk. Emak dan adik-adik juga busuk. Malah, orang-orang yang tinggal di kawasan setinggan ini semuanya busuk. 

Macam mana tidak busuk kalau mandi pun hanya sekali sehari. Bekalan air juga dicatu. Kalau ada yang rajin, bolehlah mengangkut air dari sungai yang jaraknya lebih tiga kilometer dari kawasan setinggan ini. Kalau nak berjalan sambil mengangkut air sejauh itu, boleh gugur tempurung lutut. Kalau hendak naik kenderaan, siapa yang ada kenderaan di sini? Penduduk di kawasan setinggan ini daif. Kalau punya basikal itu sudah dianggap berada.

“Buruk! Busuk! Puiiiihhhh!”

Kahak putih susu melekat di atas kepala Meon. Meon sapu kahak itu dengan tangan lalu mengelapkannya pada baju. Meon berpaling pada Padil dan konco-konconya. Mereka semua terbahak-bahak gelakkan Meon.

Meon atur langkah sambil matanya tidak lepas memandang budak-budak itu. Meon sedih, Meon marah, Meon geram. Tetapi Meon tidak mampu mengubah mereka supaya sukakan Meon.

Meon berjalan lagi. Tiba-tiba Meon terlanggar sesuatu; besar tetapi lembik. Meon tersentak.

“Hoi budak ini!”

Klik SINI untuk membaca Bab 2 


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Perlu Ke Bercerai? (o_O)

ditaip oleh Hani El Zahra at 9:29 PTG 2 000 orang comel komen sini

Tujuan entri ini ditulis bukan untuk mengaibkan sesiapa. Watak-watak juga dirahsiakan (ngeh ngeh ngeh) Semua ni berlaku gara-gara satu aplikasi chatting yang menggunakan 3D avatar.

Apa nama aplikasi tu? Hmm...tak perlu kot. Biarlah rahsia. Lalala....

Kebanyakkan players aplikasi tu adalah remaja, dewasa, termasuk golongan atuk & nenek. Tak percaya? Betul! Tapi selalunya yang berpangkat atuk & nenek tu orang overseas lah.

Yang tak best tu, apabila golongan yang berumahtangga sampai bergaduh-gaduh sebab masing-masing terjumpa orang lain pula melalui aplikasi tu. Ada yang sampai mengaibkan pasangan masing-masing & ada juga yang sampai hendak bercerai-berai hanya kerana terjatuh cinta dek avatar yang handsome & cun melecun tu.

Opppsss! Alahai...

My personal point of view, kalau dah kahwin tak perlu kot main benda macam ni. (Kalau tak kahwin lagi macam saya takpa...muahahahaha!) Banyak sangat kes yang kurang sedap didengar. Lebih baik spend masa dengan pasangan & anak-anak. Berbincang baik-baik & tak payahlah merobohkan masjid semata-mata sebab cinta Internet.

Lagipun kita tak tahu dengan siapa sebenarnya kita berchatting tu. Entah-entah...


Ngeri kan?


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Tips: Siapa Kata Putus Cinta Tak Best?

ditaip oleh Hani El Zahra at 7:35 PTG 2 000 orang comel komen sini

Selalunya kalau putus cinta, mesti sakit. Sakit yang teramat sangat dari hilir hinggalah ke ulu hati. Ada juga yang rasa seolah-olah badan dipotong, kemudian diperap pula dengan rempah dan limau nipis. Alang-alang bakar terus, yea tak? BBQ...mhmmmmm...yummy! Ada berani? Muahahahaha!

Relaxlah! Tak payah meneyerabutkan diri atau membazirkan air mata. Lebih baik air mata itu digunakan untuk menangis di atas sejadah ketika menghadap Tuhan atau kerana menyesali perbuatan kita yang terdahulu. Paling tidak, menangis tengok saudara seagama dibunuh dengan kejam, atau bila tengok haiwan-haiwan yang teraniaya *sobs sobs* Tetapi janganlah sekadar melihat sahaja, kalau boleh bantulah mereka setakat mana yang kita mampu. Sebab itulah Allah memberi kita rezeki, bukan untuk kita seorang. Tetapi untuk dikongsi dan dinikmati pleh makhluk lain juga. Dari situ barulah timbul rasa kasih sayang.

Berbalik kepada tajuk tadi. Sebenarnya perasaan sedih akan bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut yang positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati. Ikut hati, mati! Mudah saja, cara-caranya seperti di bawah.

Keputusan yang betul dan tepat
Sebelum memutuskan hubungan, anda haruslah tahu kenapa anda perlu memutuskan hubungan itu. Ingat, kalau anda ingin berumahtangga dengannya, keputusan ini adalah sekali dalam seumur hidup. Salah membuat keputusan bermakna merana sepanjang hayat.

Tak tahu bagaimana hendak membuat keputusan?

Ambil kertas dan senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu mengakhiri perhubungan dan juga sebab-sebab kenapa anda masih perlu meneruskan hubungan. Buat perbandingan di antara kedua-duanya. Jika senarai sebab-sebab mengapa anda patut meninggalkan si dia lebih panjang, fikir sendirilah apa yang patut anda lakukan.

Percaya pada takdir
Jangan menyesal andai putus cinta. Tentu ada sebab musababnya Tuhan mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita bertemu insan yang benar-benar ditakdirkan untuk kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tidak sedar, tetapi Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Anggap saja ia satu pengalaman berharga yang menambahkan lagi warna-warna dalam kehidupan.Weeeeeeeee!!!

Anda berhak mendapat yang lebih baik
Pujuk diri dengan menganggap anda terlalu istimewa dan dia sememangnya tidak layak memiliki anda. Mahukah anda hidup dengan seseorang yang tidak menghargai anda, sentiasa mengkritik hadiah pemberian anda, terlalu berkira, tidak boleh menerima keadaan anda dan macam-macam lagilah. Mahu? Kalau anda sanggup tidak mengapa. Tetapi kalau tidak sanggup, lebih baik letakkan tanda noktah di situ. Sememangnya dia tidak layak memiliki anda. Apa yang perlu anda lakukan; bersabar dan tunggu kemunculan si dia yang lebih menghargai anda. Jodoh itu rahsia ALLAH & hanya Dia yang mengetahui. Yang pasti, tentunya Dia akan memberikan yang terbaik buat anda (^_^)

Cintai diri sendiri
Sebelum menyintai orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Bagaimana untuk menyayangi diri sendiri? Senang saja, dekatkan diri pada Tuhan. Kalau anda sayangkan diri anda, tentu anda teringin masuk syurga. Kalau begitu, faham-faham sajalah. Anda sendiri tahu apa yang perlu anda buat, iaitu mengerjakan suruhanNya & meninggalkan segala laranganNya.

Buat duit
Putus cinta pun boleh buat duit? Betul ke? Ko kencing aku eh???!!!

Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lebih bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu. Bila dah siap nanti, bolehlah hantar manuskrip anda itu kepada penerbit. Lagipun kebanyakkan peminat novel di Malaysia suka novel bergenre cinta & romantis.

Alamak, kalau macam tu, saya pun kena tukar genre penulisan sayalah agaknya? Adoiiiii! (>_<)

Jadi, anda tak perlulah bersedih lagi. Menjadi solo kembali bukan bermakna satu hukuman, tetapi kenikmatan dan kegembiraan. Berhenti memburu cinta, tetapi jadilah seorang hamba yang dicintai.


Kalau anda mempunyai tips lain yang belum dinyatakan di atas, tinggalkan komen anda & kongsi-kongsikan tips anda pula. Sharing is caring, isn't it?

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Seekor Manusia, Seorang Binatang

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:47 PG


Tatkala bulan disampuk awan
Di sebatang lorong tandangan syaitan
Si kecil dilempar ke atas najis
Tidak dihirau esak dan tangis
Dia berlalu tanpa pelukan
Tiada juga senyum dan ciuman
Rayuan si kecil hanya angin lalu
Tidak langsung menyentuh kalbu
Aib di dunia yang dia takutkan
Bukan balasan Tuhan jadi persoalan
Yang penting, hidup mesti diteruskan
Anak itu? Ah, persetankan!

Di lorong sama di hujung jalan
Si ibu anjing menggonggong sisa makanan
Itu saja yang ada untuk santapan
Anak berlima pasti kelaparan
Kais pagi makan pagi
Petang nanti kan ku cari lagi
Untuk anak-anakku, aku rela berkorban
Asalkan mereka tidak mati kebuluran
Biarlah ku dihina, dicaci maki
Dibaling batu, juga disakiti
Seandainya aku boleh berkata-kata
Tentu manusia tidak membuatku derita


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Mahu...Tapi Malu (>_<)

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:50 PG

Anda pernah tak jadi macam ni? Haaa...mesti pernah kan? Kan? Kan? Tipulah kalau tak pernah.  Kadang-kadang depan cakap tak suka, tapi dalam hati...dup dap dup dap. Bila dia ada depan mata, habis satu badan menggeletar, kan kan? Punyalah seksa nak control ayu *LOL*

Haish..agak tak bestlah bila rasa macam ni. Sebenarnya best juga tapi tak best juga. Wuwuwu! Yang best tu sebab kita ada seseorang yang kita suka. Hati pun rasa berbunga-bunga gitu . 

~ ~ ~ ~

Mulalah kita kerap check laman sosial orang tu (Eh, eh...macam pernah buat je kan?) Yalah, nak tengok apa updates dia, dia buat apa, ataupun saja ulang tengok gambar-gambar dia yang dah berjuta kali tengok tu.

Lepas tu, kita layan lagu ni pula...


Perghhh!

Masa tu jugalah kotak imaginasi kita terbuka luas. Kita mula berimaginasi tentang orang yang kita suka tu. But hey, jangan imagine benda pelik-pelik pula! Tapi bagus tu, asah kreativiti dalam berimaginasi *ROFL*

Kalau kita mula sukakan seseorang, kita patut bersyukur kerana kita adalah manusia normal. Hihihi! Sebabnya memang fitrah manusia ada perasaan tu kan?

Masalahnya, kalau kita tak berapa kenal orang tu, Cuma disebabkan minat/hobi yang sama atau berkaitan yang menuntut komunikasi antara kita dengan orang tu...tiba-tiba 'ter'suka pula! (Boleh ke macam tu? But it's not impossible right?) Tapi dia maybe tak pandang kita langsung pun. Adoi! Macam mana nak buat ya?

Hahaha! Saya pun tak tahu. 

Diam saja kot. I'm not that kind of person yang suka buat the 1st move. I'm not even a risk-taker. Tak pasal-pasal malu saja kena reject. Entah-entah dia dah berpunya pun. Lagipun, saya ni siapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan dia //(ㄒoㄒ)//

Tak apalah, simpan senyap-senyap saja kot. Berdoa & bertawakal sajalah. Walaupun kena ada usaha & ikhtiar, tapi...tapi...tapi...

Saya tak berani!!!

Eh kejap, kenapa tiba-tiba saya 'jiwang' pula? OMG this is so not me!!! Tidaaaaaaaaaaaakkkkkk!!! ٩(×̯×)۶

* Jangan ambil hati dengan apa yang saya tulis di atas. Anggap saja anda tidak pernah membacanya.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Petknode: Hak Haiwan Dicabuli Di Malaysia

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:14 PG

 
 
Denda RM200 dan/atau penjara tidak lebih 6 bulan sama sekali tidak adil & tidak masuk akal!
Sudah tiba masanya untuk membuat pindaan.
Akta itu sudah ketinggalan zaman & tidak releven.
Dah hampir menjangkau umur layak pencen dah...
Mungkin RM200 pada masa itu nilainya begitu tinggi. Tapi sekarang RM200 tu kalau shopping kat Econsave pun, tak sampai sejam dah habis...opsss...
Apa salahnya denda yang dikenakan dinaikkan beserta hukuman penjara agar dapat memberikan pengajaran kepada si pendera/pumbunuh haiwan?
Tak salah kan?
Berapa banyak lagi haiwan yang harus menjadi mangsa kekejaman manusia?
Cukuplah!!!
Jangan ambil mudah mengenai hak haiwan. 
Mereka juga makhluk ALLAH SWT yang berhak hidup seperti kita.
Tidak bermakna hanya kerana haiwan tidak mampu berkata-kata, maka mereka boleh dianiaya & dibunuh sesuka hati!
Manusia normal tidak akan mendera/membunuh haiwan sebegitu rupa.
Hanya manusia yang sakit otak & cacat hati sahaja yang membenci, menganiaya dan membunuh haiwan, tidak kira yang mempunyai pemilik mahupun haiwan jalanan.

(> " " <)
( ='o'= )
-(,,)-(,,)-


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Petknode: Ingat Wajah-wajah Ini!

ditaip oleh Hani El Zahra at 11:48 PTG
Inilah pemilik PetKnode a.k.a. penaniaya/pendera/pembunuh kucing. Muka derkkk macam tak bersalah kan?  Benci aku!!! Benci! Benci! Benci! Kalaulah ada perempuan nak ambil jantan 2 ekor ni untuk dijadikan suami, haish tak tahulah!  Kredit gambar.

Ini pula ibu salah seorang tertuduh yang 'pulun' menolak wartawan. Kredit gambar. Patutlah anak  macam tu. Tengoklah sikap ibunya macam mana. Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Yang pegang tangan makcik perasan brutal itu pula adalah loyar mereka.

Wahai encik loyar, duit punya pasal, apa pun boleh! Kan encik loyar? Tak buat penganiayaan ya? Kalau tak bagi makan minum sampai ada yang mati, tu bukan penganiayaan? Baca SINI kalau nak tahu apa loyar ni putar belit. Mahkamah dunia bolehlah putar belit. Kalau di mahkamah ALLAH nanti, awak tahulah!

"Muahahahahahaha! Happynya aku! 6K je kot kena bayar nanti...apa barang? Muahahahahahahahaha! Lalalalalalala..." 

Oh sengih ya? Sengihlah sebab berkemungkinan cuma bayar sikit saja kan untuk pembunuhan & penganiayaan terhadap haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Saya tak faham betul, sepatutnya si ibu berasa malu dengan perlakuan anak dia. Tapi tengoklah, ahli keluarga mereka semua muka selamba. Siap tersengih-sengih macam kerang busuk. Lagak macam tak bersalah langsung. Malu itu sebahagian daripada iman. Tetapi kalau memang tak tahu malu macam mereka ini...hmmm... Kredit gambar.

PETALING JAYA: Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan kucing sementara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, terhadap 30 pertuduhan mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan itu, tahun lepas.
Shahrul Azuan Adanan, 29, dan Yushairi Khairuddin, 29, yang merupakan orang kena saman, pada Selasa menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze Lan. Pada Disember lepas, mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.
Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama telah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan, tanpa sebab munasabah yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing-kucing tersebut.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pusat jagaan kucing itu, di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Level 1, Plaza Seasons Square Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 hingga 4 Sept 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. 
Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk menjatuhkan hukuman.
Terdahulu peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili Shahrul Azuan dan Yushairi menjelaskan kepada mahkamah apa yang berlaku merupakan pengabaian kerana tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing-kucing tersebut, bukan kezaliman.
Elena pula berkata berdasarkan laporan bedah siasat, haiwan itu seolah-olah diabaikan terlalu lama.
Pegawai Pendakwa Jamadi Badri daripada Jabatan Veterinar memberitahu mahkamah kedua-dua orang kena saman itu perlu mengetahui kemampuan mereka untuk mengambil jumlah haiwan peliharaan.
Sementara itu, lebih 30 orang pencinta haiwan peliharaan berpakaian serba merah hitam berkumpul di luar mahkamah. - BERNAMA  
Dipetik dari mStar Online. 

"Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan." 

Seriously??? RM200? Nilai nyawa haiwan setakat RM200? Akta ni tak releven langsung! Memalukan saja!

I have no mercy towards orang yang kejam, zalim & tak punya hati perut terhadap haiwan. Bagi saya, orang yang membenci, menganiaya dan membunuh haiwan adalah manusia yang cacat hati. Begitu juga dengan mereka yang menyokong pembunuhan haiwan-haiwan jalanan. Manusia seperti mereka adalah golongan manusia yang buta hati & tidak punya rasa kasih sayang. Mereka inilah golongan manusia yang melakukan kerosakan di bumi.

I HATE YOU TO DEATH!!!
...and I will haunt you forever...

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Perghhh...Paha Paling Sedap!

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:48 PG

Jika yang menggigit itu adalah seekor anjing, saya gerenti anjing itu akan ditembak mati. Kalau anjing itu tidak menggigit pun, ia tetap dibunuh. So what's the difference?

Tetapi dalam kes ini, si suami, yakni seorang manusia yang dikurniakan akal, menggigit paha si isteri sehingga cedera. Huh, brutal sungguh! Nampak sangat si suami sedang mengidam paha ayam KFC! Hihihi!

Nasib baiklah awak tu orang, kalau awak tu bukan orang, sah-sah dah kena euthanize dek majlis perbandaran atau dewan bandaraya.
  
Lalala~

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Geramnya!!!

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:41 PG

Ya Rabbi! Sakitnya hati!!!
Orang lain yang degil & tak boleh dengar nasihat...Orang lain yang buat silap...Tapi saya pula yang kena sound!
Bukan sekali kena macam ni...tapi dah banyak kali!!!
Dan melibatkan orang yang berlainan...
Tetapi saya tetap menjadi mangsa keadaan!!!
Saya juga manusia biasa...Saya ada sifat marah, sedih, geram, tension...Transform jadi Godzilla kang!

♪ ♫ Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini

Kadar waktu diizin Tuhan ♩ ♬

o(╥﹏╥)o
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Pertahankan Hak Haiwan!

ditaip oleh Hani El Zahra at 9:12 PG

Hari ini merupakan hari terakhir perbicaraan kes premis penjagaan haiwan Petknode. Seandainya anda berkesempatan, sertailah aktivis haiwan yang lain untuk memberikan sokongan.


TARIKH : 12 JUN 2012
MASA : 9.30 PAGI
LOKASI : MAJISTRET 5, TINGKAT 3, MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA.  

Sesungguhnya Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan patut menerima hukuman semaksimum mungkin. Kalau ditanya pada saya, tentu saja saya ingin melihat mereka berdua meringkuk di dalam penjara seumur hidup di samping denda dan sebatan mengikut jumlah kucing-kucing yang diseksa. 

Saya harap undang-undang kali ini lebih adil. Kalau setakat denda RM200 dan penjara tidak melebihi 6 bulan, maaf jika saya katakan bahawa penggubal undang-undang itu manusia yang pendek akalnya.

Tetapi jika hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh berat & setimpal, barulah saya respect!

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Mati Termakan Racun

ditaip oleh Hani El Zahra at 7:58 PTG


NIBONG TEBAL- Seekor biawak ditemui mati di sebatang lorong belakang di Taman Nibong Tebal, di sini tengah hari ini.

Menurut saksi, beliau terkejut apabila menemui seekor biawak sepanjang 3 kaki dengan aksi yang pelik, tetapi hairan kerana biawak itu tidak bergerak langsung.

"Walaupun saya agak gementar, saya mendekati biawak itu untuk memastikan keadaannya. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat darah keluar melalui mulut dan 'tuttt' biawak berkenaan."

Difahamkan, biawak itu mungkin termakan makanan yang diletakkan racun oleh penduduk di sini dengan niat makanan itu dimakan oleh anjing dan kucing jalanan di sini. Namun jerat itu terkena pada biawak malang itu pula.

Sebelum ini dilaporkan bahawa biawak-biawak pelbagai saiz ditemui berkeliaran di sini dan pernah terlibat dalam kegiatan menculik dan membaham anak-anak kucing.


Pembiakan biawak semakin berleluasa di sini akibat daripada saluran parit dan longkang tidak diselenggara oleh pihak berwajib kerana mereka lebih berminat dalam aktiviti memburu dan membunuh anjing dan kucing jalanan.


Turut dikesali sikap penduduk di sini yang membenci haiwan dan sikap mementingkan diri sendiri di samping gemar menabur fitnah kerana perasaan iri terhadap orang lain. Dikhuatiri ini adalah racun dan punca kepada penyakit hati paling berbahaya yang telah menjangkiti beberapa keluarga di sini.

* Lama tak tulis berita sejak tamat pengajian di UIAM dahulu.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Petknode: Ke Mahkamah

ditaip oleh Hani El Zahra at 6:27 PTG
 

Masih ingat dengan kekejaman Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan? Mungkin ramai tidak ingat nama-nama ini tetapi mungkin anda ingat akan Petknode, iaitu sebuah premis penjagaan haiwan yang telah 'membunuh' 16 ekor kucing & menyeksa beratus ekor lagi dengan meninggalkan kucing-kucing terbabit tanpa makanan dan air serta berhimpit-himpit di dalam sangkar & diselaputi najis sepanjang cuti perayaan pada September 2011. Kalau dah tahu nak beraya, yang gatal galak offer boarding service tu awatnya? Sebab bayaran yang diterima daripada pemilik-pemilik kucing beratus-ratus ringgit? Sedap ya makan duit haram?

Salah seorang pemilik Petknode

Ada juga komen dari pembaca di sebuah blog  yang mendakwa kedua-dua mereka ini menjual kucing-kucing dari baka baik dan apabila pemilik kucing datang untuk mengambil kucing milik mereka, pemilik Petknode yang berjiwa syaitan ini memberitahu pemilik kucing bahawa kucing mereka mati semasa di bawah jagaan premis tersebut. Ada juga yang mendakwa, ketika tembelang mereka pecah tahun lepas, 16 ekor kucing mati dalam keadaan yang sangat sadis dan beratus yang lain juga sengsara akibat kelaparan & dehidrasi, ada lebih kurang seratus ekor kucing lagi didapati hilang. Adakah kucing-kucing itu sudah dijual oleh mereka ini? Kalau benarlah seperti yang didakwa, Astagfirullahal'azim, memang...memang....%@&!^@#xf***!@#!%! mereka berdua!

Gambar ini dikatakan diambil ketika mereka ditahan di dalam lokap. Sumber.

Hari ini, 11 Jun 2012 merupakan tarikh perbicaraan kes pendakwaan ke atas Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Kalau diikutkan hati, saya ingin ke sana bersama-sama pencinta haiwan yang lain tetapi apakan daya, faktor lokasi & tanggungjawab di rumah tidak membenarkan saya ke sana. Walaubagaimanapun, harapan saya semuanya berjalan lancar & saya benar-benar berharap agar kedua-dua manusia berjiwa syaitan ini mendapat hukuman yang setimpal atau yang lebih berat.

Tetapi, ada desas-desus yang mengatakan perbicaraan terakhir akan berlangsung esok dan kedua mereka akan mengaku bersalah. TETAPI, apa yang merisaukan saya & aktivis haiwan yang lain, adalah denda yang bakal dikenakan ke atas mereka. Adakah RM200 dan/atau penjara sehari seperti yang dijatuhi ke atas seorang lagi manusia berijiwa syaitan bernama Ngiu Kok Kong, peniaga mi wantan yang menyimbah air panas ke atas seekor anjing Februari lalu?

Saya sangat-sangat kesal dengan undang-undang di Malaysia yang langsung tidak mengendahkan kebajikan haiwan. Oh ya, kalau Malaysia ambil berat tentang haiwan, takkan pula majlis perbandaran & dewan bandaraya sibuk-sibuk buat operasi bunuh anjing & kucing jalanan, kan?

Saya suka memetik kata-kata Mahatma Gandhi “The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated”

Bagaimana masyarakat kita melayan haiwan-haiwan terutama sekali haiwan-haiwan jalanan di Malaysia? Bagaimana pihak berkuasa mengawal populasi haiwan-haiwan jalanan? 

Baling batu? Pukul dengan kayu? Simbah air panas? Letak racun dalam makanan? Heret sepanjang jalan? Tembak? Tikam jantung? Bunuh?

Ternyata moral pihak berkuasa & anggota masyarakat hanya sekadar akal di atas tapak kaki & sangat-sangat menjengkelkan!

Kepada pencinta & aktivis haiwan tidak mengira kaum & agama, saya bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana masih ada insan yang berhati mulia seperti anda yang sanggup melabur wang, masa & tenaga demi menjaga & membela nasib haiwan-haiwan jalanan di saat pihak berkuasa tempatan dan anggota masyarakat lain masih buta mata & buta hati. Terima kasih banyak-banyak!

Walaupun usaha kita mungkin tidak dapat mengubah dunia yang semakin hari semakin kejam, tetapi ia dapat mengubah 'dunia' si kecil yang kita bantu itu & tentunya ia amat bererti bagi mereka.

Kepada anda yang tinggal berdekatan atau mungkin berkesempatan untuk ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok untuk perbicaraan terakhir kes Petknode, sila berkumpul di sana dengan memakai kemeja-T berwarna merah/hitam sebagai tanda protes di atas kekejaman mereka terhadap kucing-kucing yang telah diamanahkan kepada mereka. Klik sini untuk maklumat lanjut.

TARIKH : 12 JUN 2012
MASA : 9.30 PAGI
LOKASI : MAJISTRET 5, TINGKAT 3, MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA. 

Teruskan perjuangan membela nasib haiwan-haiwan!

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review