Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Dia Hina Islam, Atau Anda Sebenarnya Yang Menghina Islam Tanpa Sedar?

ditaip oleh Hani El Zahra at 4:15 PG 1 000 orang comel komen sini
 
 
Haluuuuuuu! Lamanya tak menconteng arang di muka blog ni. Super busy & super malas merantai diri di samping sibuk dengan bisnes kecil-kecilan serta kembali aktif membuang masa di IMVU. Oh my!

By the way, di pagi buta yang banyak nyamuk ni, saya ingin mengomen sikit tentang isu paling panas kat Malaysia sekarang (Malaysia kan memang macam ni, bila 1 benda tu panas, punya laa panas, kejap ja tu, nanti timbul benda lain, lupa laa...haha!), apa lagi kalau bukan video berhari raya bersama anjing oleh Maznah @ Chetz Yusof.


Oh well. mari kita amik scene yang sama, jangan tukar apa pun, kecuali kita gantikan anjing tu dengan ayam, kambing, kucing atau kura-kura, rasa-rasanya ada tak yang kata beliau menghina Islam? Ada?

Mesti laa tak ada. Sebabnya, orang Melayu ni pantang sangat dengan anjing. Apa-apa yang melibatkan anjing itu dosa besar bagi mereka. Sejak lahir pun sudah diajar untuk membenci anjing. Anak-anak diajar untuk membaling batu setiap kali nampak anjing, dan mereka mengaku mereka Muslim sejati...

Saya bukan menyokong sesiapa, apatah lagi menyokong apa jua bentuk penghinaan terhadap Islam. Saya juga tidak menyokong aktiviti membawa anjing masuk ke dalam rumah (e.g. ruang tamu, bilik tidur). Tetapi mungkin interpretasi saya lain, dan interpretasi orang lain, lain pula. Mereka mendakwa anjing itu diambil wudhuk. Tetapi apa yang saya lihat, hanya membasuh kaki, bukannya ada tertib wudhuk di situ.

Isu berlatarbelakangkan takbir raya pula.  Haish...saya nak tanya...kalau laa anda menonton drama, filem, atau dokumentari yang berlatarbelakangkan masjid, & azan sedang berkumandang, tiba-tiba seekor anjing enterframe, adakah itu juga dianggap sebagai menghina Islam?

Adakah mereka juga menghina Islam kerana membenarkan jejaka cacat penglihatan ini membawa anjing ke masjid? Siap ada tempat khas kat masjid untuk anjing tu melepak siap ada mainan sekali. Hehe!

 

Fenomena orang Melayu yang anti anjing & cepat melatah apabila melibatkan anjing, seolah-olah anjing itu pembawa sial amatlah annoying. Bagi mereka, mendekati anjing iru teramat besar dosanya. Teringat pula saya akan statement yang dikeluarkan oleh seorang mamat di laman Facebook tentang menyentuh anjing tidak lama dahulu;

"Sentuh anjing tu haram. Sentuh awek takpe sebab kite sayang dier."

Astaqfirullahala'zim! Saya percaya itulah yang menjadi pegangan orang kita, dan mereka masih mengaku mereka Muslim sejati.

Tolonglah fahami status anjing dalam Islam yang sebenar-benarnya. Janganlah keluarkan fatwa sendiri hasil didikan nenek moyang yang anti anjing tak tentu pasal. Berhujah biarlah berdasarkan Quran & Hadith. Bukan berdasarkan fatwa songsang atuk kau! LOL! :P

Kepada yang bermati-matian kononnya anda memperjuangkan Islam dengan cara memaki hamun di SINI, tanya diri anda sendiri, berapa ramai antara anda yang syahid di situ? Berbakulkah pahala anda memaki hamun wanita itu? Kepada yang mengkafirkan beliau, siapa anda untuk mengkafirkan orang? Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu tidak mencerca atau mengkafirkan orang, Mengapa anda fikir anda lebih mulia dari Baginda sehingga anda lebih layak melabel orang sebagai kafir?

Begitu juga kepada hamba ALLAH ini yang hanya tahu mengeluarkan statement berbaur fitnah akibat ketandusan point;


Yang hairannya, mereka yang mengeji & mengkafirkan Maznah @ Chetz ini, tidak pula mempunyai imej seorang Muslim sejati, Yang wanita berpakaian tetapi seperti bertelanjang, dengan aksi menjuihkan bibir ala-ala anak itik Tok Wi (weih tolong aaa!!!) terpapar di profile mereka. Yang lelaki pula berseluar pendek atas dari lutut & memakai rantai pula.  Tidakkah anda rasa yang anda juga menghina & mempersenda Islam?

Pelik, tetapi itulah realiti bangsaku...


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Baling Tahi Dapat Pahala?

ditaip oleh Hani El Zahra at 4:05 PTG 2 000 orang comel komen sini
 
 
Lamanya tak update blog dengan entri baru. Banyak sangat tragedi sadis lagi sardin yang berlaku sepanjang minggu membuatkan diri ini kehilangan mood

Entri kali ini berlaku pada 1 Oktober lepas. Lebih kurang dalam pukul 1 pagi, saya berada di dalam bilik sedang melayan benda alah ni. Mak pula sedang melayan drama apa entah di tv & abah pula dah tidur. Tiba-tiba saya terdengar bunyi motor di hadapan rumah & bunyi seperti benda dibaling & terjatuh. Budak-budak penjaga rumah ni semua menyalak sakan. Saya terus membuka tingkap tapi tak nampak apa-apa. Maybe orang datang rumah jiran sebelah baling bakso tak habis kot. Lepas tu saya tidur teruslah.

Dalam pukul 7 pagi, seperti biasa sudah menjadi rutin membawa budak-budak penjaga rumah ni berjalan-jalan di sekeliling taman. Yea laa...takkan nak terperap duduk kat car porch saja. Kalau kita pun tension kan?

Tiba-tiba abah yang baru pulang dari pasar terpijak sebuah beg plastik. Lembik seacam ja isi dalam tu. Abah tanya saya, apa kebendanya ni? Saya memang tak tahu menahu. Tak pernah pun nampak beg plastik tu sebelum ni.

Abah angkat beg plastik tu & tak semena-mena mak menjerit,

"Taik!!!"

EEERRRKKK???!!! (o_O) EEEWWW!!! (>_<)

Sapa la baling taik kat rumah aku??? So semalam bunyi motor & benda jauh tu, taik ni la? 

Untuk makluman, kami tidak pernah berurusan atau membuat pinjaman dari Ah Long. PTPTN ada la...ops!

Jadi awat baling taik kat rumah aku lak??? Taik orang pula tu!!! Minta-mintak berkudis la bontot si pemilik taik ni!!! @^#*$^*@!@$%&#$~!@#%!!!

Sebab anjing! Mereka membaling najis sebagai simbolik anjing yang mereka hina & anggap najis itu! Cerita bagaimana kami mula memelihara anjing ada di SINI.

Kenapa saya confident sangat orang Melayu yang buat? Sebab Chinese & Indians sendiri pun bela anjing. Mereka tak ada masalah dengan anjing & bagi yang tak bela anjing pun, mereka buat hal sendiri sahaja. Yang bermasalah dengan anjing ni Melayu. Anjing haram! Anjing Najis!

Bosan betul aku!!!

Bukan semua Melayu macam tu. Cuma segelintir yang bodoh sombong tapi rasa diri tu pandai & alim! Kalau dah bodoh tu, carilah ilmu. Ini tidak, tahu nak hukum orang based on akal yang pendek & ilmu yang cetek tu saja.

Hang baling taik kat rumah aku tu, hang dapat pahala ka weih? Mazhab mana ajaq hang balik taik kat rumah orang yang bela anjing dapat pahala?
Sampai hati si manusia durjana itu membuang tahi yang cute ini. Tengok muka sedih beliau v.v

Saya tak pasti sama ada dilakukan sendiri oleh jiran atau mereka mengupah orang lain utuk melakukannya. Tetapi tindakkan mereka sangat biadap, kurang ajar & tak bertamadun!

Beginilah rupa sebenar di sebalik wajah orang-orang di sini. Patutlah setiap kali saya membawa budak-budak ni berjalan, kalau terserempak dengan orang Melayu, mereka memandang saya seperti saya berjalan dengan dinosaur!

Saya respect kaum Cina & India. Ada ketika mereka yang terkejut melihat seorang wanita Melayu berjalan dengan anjing, mereka akan bertanya & saya akan menerangkan hal sebenar.  Tetapi kalau Melayu...? Mereka tidak akan bertanya tetapi mereka menarik muka masam & membuat assumption sendiri.

Pernah juga mak cik yang menjual nasi lemak di tepi pasar ni kecoh lagi kepoh terjerit-jerit memanggil suaminya apabila ternampak saya berjalan dengan salah seekor budak-budak penjaga rumah ni. 

"Abang. abang! Dia bawak anjing bang!!! Tengok, tengok! Dia bawak anjing!!!"

Heh...mak cik...anjing ja pun. Mak cik ni asal dari planet mana laa tak pernah tengok anjing?

Takpun...sebab dalam fikiran mereka anjing itu najis, najis itu tahi, maka mereka melihat saya sedang berjalan dengan tahi??? Sadis betul!!!

Tidak cukup dengan plastik berisi najis itu, rupa-rupanya ada sebuah beg plastik lagi yang berisi makanan yang dicampur dengan cuka getah dengan harapan ia dimakan oleh anjing-anjing ini!

Tapi alhamdulillah, anjing-anjing ini pandai & tidak bodoh seperti manusia-manusia durjana yang bersengkokol melakukan kerja ini. Langsung makanan itu tidak diusik.

Cuka getah yang tumpah itu menyebabkan lantai rumah terhakis. Sudahlah berniat jahat untuk membunuh anjing-anjing ini, merosakkan harta benda orang pula! Syaitan sungguh!

Bagi saya, orang yang melakukan kerja ini adalah orang yang tiada pegangan agama. Kalau mereka berpegang pada agama, menjaga solat & beriman, mereka tidak akan melakukan kerja jijik ini. Bukan setakat tidak menjaga agama, malah mereka juga semestinya manusia yang jahil.

Simpati pula saya pada mereka.

Tapi, part bawa tahi naik motor tu yang tu saya paling tak boleh terima! HAHAHA!!! 


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Apa Masalah Orang Melayu Ni Haa?

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:38 PG 0 000 orang comel komen sini
 
 
First of all, saya nak tanya, adakah anda benci anjing? Kalau ya, kenapa?

Saya tahu, mesti ada yang jawab, "Sebab anjing haram!"

Kononnya anjing 'haram' so that's why anda benci anjing. Adakah kebencian anda terhadap anjing itu menghalalkan anda untuk menghina, membaling batu, memukul dengan kayu, mencurah air panas & membunuh mereka?

Kalau anda membenci anjing kerana ia 'haram', kenapa anda tidak membenci coupling, dating, rubbing, hugging, kissing dengan yang bukan mahram sedangkan ia haram? Kenapa masih memberi & menerima rasuah sedangkan rasuah itu haram? Kenapa anda masih memakan riba? Kenapa masih minum arak? Kenapa masih menonton video porno? Kenapa anda tidak membenci perlakuan yang jelas & terang-terangan haram itu? Kenapa?

Tetapi bila sentuh bab Melayu dengan anjing, terus jatuh HARAM! Inilah masalah majoriti masyarakat Melayu. Kalau anjing saja, hina sangat. Macam kejadian yang pernah berlaku yang pernah saya ceritakan di SINI juga di SINI.

Mangkuk hayun mana laa yang cakap anjing tu haram? Yes, anjing haram dimakan. Tapi bukan haram disentuh, diberi makan, dirawat & dipelihara (untuk menjaga rumah, tanaman, ternakan & berburu). Anjing cuma najis berat yang boleh disucikan. Pernah belajar PAFA kat sekolah? Pernah kan? So tak payah laa nak terang secara detail macam mana nak bersihkan najis berat kalau semua yang pernah bersekolah tentu dah belajar cara-cara menyamak dalam kelas PAFA.

Bukan susah pun nak bersihkan najis. Kalau diikutkan, hari-hari kita semua kena bersihkan najis. Yea laa...kita kencing & berak tu pun najis juga, kan? Cuma cara basuhan sahaja yang berbeza sedikit.

Kelakar bila rata-rata masyarakat Melayu menggunakan alasan "Takut nak samak." Errrkkk...kenapa perlu takut nak menyamak? Bukannya samak tu kena siat kulit ke, potong tangan ke, kena layur atas api ke. Air yang dicampur tanah/ sabun Taharah saja pun. Sakit ke nak samak? Zzzzzzzzzz.....

Kenapa masih paranoid dengan anjing? 

Anjing ganas! Nanti dia kejar & gigit!

Well, look... Kalau anda seorang yang anti anjing, pernah mencederakan anjing, atau pernah bersekongkol dengan pihak majlis perbandaran supaya those idiots catch & kill the dogs...

YOU SHOULD BE AFRAID...BE VERY AFRAID...! MUAHAHAHAHAHAHA!


Why?

Anjing tahu hati manusia. Kalau manusia tu berhati busuk & benci akan spesis canine ni walaupun orang tu tak tunjuk secara terang-terangan, the dog can still sense that tahu tak?

For example, ada laa seorang mak cik ni; my neighbor yang kaki report kat si MPSP jahanam tu jalan-jalan depan my house. Si Sayang yang kebetulan sedang melepak sambil menghirup udara petang yang sudah tercemar ini, menyalak gila-gila sampai si mak cik kepoh tu terpaksa lari terhegeh=hegeh membawa cucunya melalui jalan lain. Padahal kalau orang lain yang jalan-jalan depan ni, tak pula dia menyalak. Dia relax usha tanpa berbuat apa-apa. Haaa...baru hang tau...kepoh sangat...

Kalau pun tak suka, janganlah membenci & menghina anjing sampai ke tahap mendera, membunuh & sebagainya. Anjing juga makhluk ALLAH. Kalau anda menghina anjing, bermakna anda juga menghina ciptaan ALLAH.

Apatah lagi ramai golongan ibu bapa berbangsa Melayu yang mengajar anak-anak mereka supaya membaling batu, selipar atau apa jua yang boleh dicapai setiap kali ternampak kelibat anjing. Mak bapak jenis apa ni? Layak ke perangai bodoh + hodoh gila tu nak jadi mak bapak? Tak malu ke kita kat bangsa lain dengan perangai buruk macam tu? Ingat dapat pahala ke cederakan anjing, kucing atau haiwan-haiwan lain? Kalau dari kecil sudah diajar begitu, sampai mampus gamaknya anak-anak tu pun macam tu, unless dapat hidayah.

Please stop it! Sebagai parents, didiklah anak-anak supaya menjadi manusia penyayang, bukannya menjadi manusia zionis. Lempar sikap bodoh sombong tu jauh-jauh. Nak sombong kat anjing atau kucing apa kes?

Saya tersentuh apabila membaca artikel yang ditulis oleh Aunty Umairah. Apa yang beliau lalui sekarang, lebih kurang sama dengan apa yang saya & keluarga lalui. Susah sebenarnya untuk hidup dikelilingi manusia yang cetek akal & miskin sifat ihsan. Susah sangat!  Tapi selagi kita tahu apa yang kita lakukan adalah kerana ALLAH, terpaksa kita pekakkan telinga dari mendengar caci maki mereka & persetankan apa anggapan mereka yang tak berapa cukup akal tu. Kasihan pada mereka sebenarnya. Mereka masih 'kekurangan sesuatu'. Hmm...

Lagi satu, kenapa ada sesetengah manusia yang busuk hati sangat nak berhasad dengan orang lain yang ingin menyelamatkan haiwan? Sampai nak pulaukan si penyelamat haiwan & nak berceramah bagai seolah-olah tugas menyelamatkan haiwan tu satu kerja yang jahat & hina. Cacat otak sungguh orang yang anggap macam tu! Bukannya orang bagi makan kat haiwan jalanan tu pakai duit hang ka, duit bapak hang ka, duit tok hang ka...So awat hang nak kalut?

Suka hati orang la nak selamatkan anjing ka, kucing ka, tenuk ka, tenggiling ka, platypus ka...tu semua nyawa!

Rasanya hanya Melayu yang bermasalah dengan anjing, bukan Islam. Islam tiada masalah dengan anjing asalkan tahu batas & syarat-syaratnya.

So dear animal haters...are we cool?



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Perpisahan Demi Suatu Permulaan (Part 2)

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:34 PTG 0 000 orang comel komen sini
 
 

Lebih kurang jam 7.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari Mr. Freddie. Rupa-rupanya beliau sudah sampai betul betul di hadapan pagar rumah! Kalut laa kami sekeluarga. Kelihatan Mr. Freddie datang bersama isteri & seekor anjing miliknya yang sangat comel. 

Memang serabut & sesak halaman rumah kami. Bayangkan dengan 7 ekor canines semuanya, memang sesak! Huhuhu...

Isteri Mr. Freddie ada bertanya saya, "Sapa bapak anak-anak anjing ni?"

Denggggg! Saya pun tak tahu. Memang sejak pertama kali Sayang ke sini untuk makan, perut dia dah buncit. Lepas tu Sayang menghilang sekejap & bila dia kembali, perut dah leper. Hmm, maybe Sayang ni mangsa keruntuhan rumahtangga. Mungkin juga suami si Sayang ni jantan yang tak bertanggungjawab, kaki betina atau maybe dia kepala gangster. Hmm...

Okay, back to the main story! The target...2 out of 3 pups tu. Macam tau-tau budak-budak ni, habis lari. Jenuh jugak nak kejar. Dari 3 ekor ni, ada laa seekor yang dah mula manja-manja dengan saya & dia adalah yang paling cute dengan patches kat mata macam topeng Zorro. Dia ni jinak sikit so dia la mangsa pertama yang kena tangkap.


Dalam hati ada laa juga terdetik "Oh please jangan amik dia! Not him! Not him!" Tapi second thought pula menjawab, "Oh well, macam mana pun kena let go semua so let him go! Lagi lama dia duduk sini nanti lagi sayang." 

So, saya pasrah :'(

Yang lagi 2 ekor ni memang susah sangat. Bila Mr. Freddie pegang, bingit suara the pups tu nangis-nangis. Kesian...siap terkencing-kencing lagi tu. Tak apa, boleh samak. Small matter laa.


Akhirnya 2 pups berjaya ditangkap & akan dihantar ke ofis Save Our Strays (SOS) Penang. Wah, naik Penang Bridge laa budak-budak ni malam ni! Jauh perjalanan juga tu. Mr. Freddie terpaksa pinjam cage saya dulu. Beliau tak bawa cage sebab ingat puppies tu masih kecil. Haha! Nasib baik ada extra, peninggalan arwah kucing-kucing saya. *sob sob*

Lara hati si ibu.

Sedih kan? Saya sendiri menangis bila kereta Mr. Freddie berlalu meninggalkan kami.  Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Tapi at least, there's hope untuk those puppies dapat famili baru & terus hidup. Kalau dibiarkan hidup gelandangan, ada possibility kena tangkap & kena bunuh dek majlis perbandaran yang gila tu.

Alhamdulillah...

Selepas beberapa hari, saya ternampak gambar ini di fanpage SOS...


Ya, anak-anak Sayang sudah mendapat adopter. Syukur Alhamdulillah! Air mata gembira mengalir tidak putus-putus. Harapan saya, agar keluarga ini dapat menjaga anak-anak Sayang dengan baik & penuh kasih sayang.

Terima kasih Ya ALLAH kerana memudahkan urusan kami. Sesungguhnya kami tidak dapat melakukan ini semua jika tiada pertolongan dariMu. Terima kasih kerana membantu kami untuk menyelamatkan nyawa makhluk yang Engkau cipta.

Thank you so much SOS for helping me out to find a home for these puppies. Thank you so much Mr. Freddie for driving all the way from Penang-Nibong Tebal-Penang to pick up the pups & thank you so much to the family who adopted the puppies. Please take a good care of them ya :)

This is indeed a happy ending...I hope others could see how beautiful it is!

Thank you so much everyone for saving lives!

Ada seekor lagi anak Sayang yang bakal mendapat adopter. To be continued...



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Perpisahan Demi Suatu Permulaan (Part 1)

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:48 PG 0 000 orang comel komen sini
 
 
Masih ingat lagi tentang Sayang & anak-anaknya? Sejak Jumaat lalu saya sangat stress kerana memikirkan keselamatan budak-budak bertiga itu. Saya mengiklankan mereka di beberapa fanpage di laman Facebook yang berkaitan dengan haiwan. Kalau saya keluar, saya menebalkan muka bertanya dengan sesiapa sahaja yang saya terserempak. Manalah tahu kalau mereka berminat untuk memelihara anjing sebagai teman.

Of course, saya tak putus-putus berdoa & meminta dari ALLAH supaya dipermudahkan segala urusan. Niat saya hanya satu; saya hanya mahu anak-anak anjing itu terus hidup di samping manusia yang menyayangi mereka. Mereka berhak hidup di bumi ALLAH ini. 
Dibunuh oleh majlis perbandaran tidak sepatutnya menjadi satu pengakhiran bagi haiwan-haiwan jalanan. Orang-orang majlis perbandaran fikir mereka itu siapa untuk mengambil nyawa makhluk ALLAH yang tidak berdosa??? Mereka bukan Tuhan!

Saya menjadi sangat sensitif & tertekan apabila memikirkan keselamatan anak-anak Sayang, Sayang sendiri & juga si Milo. Saya menangis & mak tidak putus-putus menasihati saya supaya bertenang & bertawakkal kepada ALLAH. Kepada sahabat saya, Isda Aidilla juga saya mengadu. Pendek kata, memang saya stress sangat-sangat!

Tapi ALHAMDULILLAH!

Janji ALLAH itu pasti. Jika niat kita berada di landasan yang betul & apa yang kita lakukan adalah kerana DIA, InsyaALLAH akan dipermudahkan segala urusan & DIA akan membantu kita dengan pelbagai cara.

Tengah hari tadi saya menerima panggilan & kiriman SMS daripada Save Our Strays (SOS) Penang. Menurut mereka, mereka telah menemui adopter yang berminat untuk mengambil 2 daripada 3 puppies milik Sayang itu. Mereka meminta saya menghantar puppies itu ke Georgetown. Masalahnya, saya tidak mempunyai transport untuk ke sana.

Bagaimana ya?

Mereka meminta saya untuk foster anak-anak anjing tersebut buat sementara waktu. Saya bersetuju. Mak & abah pun tidak kisah. Bagi kami, keselamatan & nyawa mereka lebih penting & kami hanya mahukan yang terbaik bagi mereka.

Saya sempat merakamkan video Sayang bersama anak-anaknya tengah hari tadi.


Tidak berapa lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada Mr. Freddie yang memberitahu bahawa dia telah diminta oleh SOS untuk mengambil puppies tersebut selepas Maghrib. Alangkah leganya kerana ia lebih cepat dari masa yang dijangka. Alhamdulillah...

Tidak dinafikan, perasaan sedih & kasihan juga bercampur-baur untuk memisahkan ibu dengan anak-anaknya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Tetapi apakan daya, keadaan memaksa & ini saja jalan penyelesaian untuk menyelamatkan nyawa mereka semua. 

Kalau dibiarkan begitu sahaja ke hulu ke hilir, pelbagai ancaman menanti mereka anak-beranak. Bukan sahaja ancaman dibunuh oleh pihak berkuasa yang zalim itu. Malah, manusia-manusia yang tinggal di kawasan perumahan ini boleh tahan juga; mereka benci haiwan jalanan!

Walaupun berat untuk melepaskan mereka pergi kerana rasa sayang sudah mula berputik, InsyaALLAH, akan ada masa depan yang lebih cerah & terjamin untuk anak-anak itu di samping keluarga baru.

Bersambung...

(dah hampir jam 3 pagi, mata dah tak boleh buka)



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Aduhai Sayang...

ditaip oleh Hani El Zahra at 6:09 PG 0 000 orang comel komen sini
 
Jam sudah melewati 5 pagi tetapi mata ini masih tidak mahu tidur sejak semalam. Terlalu banyak yang bermain-main di fikiran & tidak dinafikan diri ini sangat stress. Kadang-kadang terfikir juga, awat aku yang stress lebih padahal 'makhluk' tu tak stress pun. Yea ka? Manalah tahu...dia haiwan & tak mampu bersuara. Kalaulah haiwan boleh bersuara, mampus manusia kena maki nanti. Haha!

Apa yang menyebabkan stress & tekanan ini?

Petang tadi, anjing yang setiap hari datang untuk menikmati rezeki di rumah ini yang diberi nama Sayang, tiba-tiba memberanikan diri dengan membawa anak-anaknya ke sini. Inilah pertama kali dia mengexpose anak-anaknya. Memang comel!




Teruja sangat melihat anak-anak anjing yang comel ini bermain-main. Tetapi keterujaan itu tidak kekal lama apabila melihatkan anak-anaknya berkejar-kejaran di tengah-tengah jalan, ditambah dengan pandangan penuh niat jahat oleh jiran tetangga.

Ya ALLAH!

Tiba-tiba sahaja nampak di tepi jalan itu penuh dengan anjing, apatah lagi si Milo, anjing betina yang baru 2 hari dibuang di sini oleh syaitan laknatullah mana entah, turut bermain bersama dan ini merupakan petanda yang tidak elok. Saya takut, malah teramat takut yang jiran-jiran berhati busuk di sini akan melaporkan hal ini kepada rejim zionis pihak berkuasa tempatan & seterusnya nasib mereka...anda sendiri tahulah.

Milo

Abah & mak juga sudah mula tidak sedap hati. Setelah lama berfikir, timbul idea untuk membawa masuk anak-anak ini serta ibunya untuk berlindung di car porch sementara mencari sesiapa yang sudi mengambil mereka.

Setelah diumpan dengan kepala ayam, anak-anak ini yang agak liar & takut-takut (ini pertama kali mereka berjumpa manusia agaknya) masuk ke dalam halaman rumah kami. Yes! Berjaya di situ. Sayang hanya relax, mungkin memang itu niat dia membawa anak-anaknya ke sini. Malangnya Comel & Papi langsung tidak boleh menerima kehadiran mereka. Maka bermulalah konsert K-9 di sini. Bingitnya telinga tak payah cakaplah. Siap terkencing terberak budak-budak tu.

Adoi...sapa pula nak bawak masuk depa ni dalam cage???

Saya memandang abah & abah memandang saya kembali. Of course laa saya yang kena kan? Dengan rasa takut tetapi buat-buat berani, saya cuba mendekati anak-anak kecil tersebut tapi...

Hohoho...! Tak berani!

Saya tiada pilihan lain lalu pergi ke rumah seorang jiran yang turut memelihara anjing untuk meminta bantuan tetapi malangnya dia tiada di rumah. Adoi laaaa!

Mak pula memberi suggestion untuk meminta jiran yang seorang lagi yang turut memelihara anjing. Saya nampak ramai yang sedang melepak di hadapan rumah mereka. Dengan muka tak tahu malu, saya mendekati mereka & bertanya kepada ibunya...

Saya: Aunty, anak aunty yang selalu bawak anjing jalan-jalan tu ada kat rumah tak?
Dia  : Wa tatau, dia lari sana sini (sambil tunjuk arah)  wa tatau!
Saya: Bukan...bukan. Saya tanya, anak aunty yang bela anjing kat dalam rumah aunty tu, dia ada kat rumah tak sekarang?
Dia : Apasal??? Lu mau apa???
Saya: Saya mau mintak tolong sama anak aunty, tolong masukkan anak-anak anjing dalam sangkar kami. Kami mau kasi orang bela.
Dia : Wa tatau wa tatau...bukan gua punya anjing!
Saya: (Grrrrrrrrrrrrrrrrrr....! Aku cakap lain dia cakap lain!)

Nasib baiklah salah seorang yang melepak di situ menawarkan diri untuk membantu. Maka uncle tu pun mengekori saya ke rumah. Beberapa kali dia cuba namun tidak berhasil. Anak-anak si Sayang terlalu takut, mungkin juga akibat disembur dengan air paip oleh si dungu sebelah rumah ini beberapa minit sebelum mereka masuk ke dalam halaman rumah kami.

Dengan rasa berat hati, terpaksalah kami melepaskan mereka keluar semula & hanya mampu melihat mereka bermain berkejaran di tengah-tengah jalan.

Jika ada insan yang berhati mulia yang membaca artikel ini & ingin mengambil mereka, sila hubungi saya di 012 300 6082.

Sesungguhnya, saya takut untuk menghadapi hari siang yang bakal tiba hanya beberapa jam lagi. Sebenarnya setiap hari saya begitu. Saya takut menghadapi segala kemungkinan & melihat nasib yang bakal diterima oleh haiwan-haiwan jalanan yang tidak berdosa ini.

Melampau?

Kadang-kadang saya rasa begitu. Saya terlampau bimbang & takut, bukan tentang nasib diri saya sendiri, tetapi haiwan-haiwan itu. Mak selalu menasihati saya supaya jangan 'terlebih sayang', tetapi perasaan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Nak buang jauh-jauh pun tak boleh.

I have to admit, perkara-perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan hidup saya. Bukan saya menyesal, malah saya bersyukur kerana ALLAH menganugerahkan perasaan ini kepada saya. Cuma kadangkala saya rasa diri ini tidak cukup kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. 

Selagi pemimpin-pemimpin & pihak berkuasa tempatan di Malaysia masih rendah akhlak, cetek akal, miskin kasih sayang & papa sifat ihsan, selagi itulah nasib haiwan-haiwan jalanan ini tidak terbela.

Ditambah dengan sikap anggota masyarakat sendiri yang buta perut & hati, berlaku zalim terhadap haiwan & memandang hina pada haiwan serta menafikan hak haiwan untuk hidup di bumi ALLAH, selagi itulah kebodohan & kejahilan hati mereka berterusan & seterusnya diwarisi oleh keturunan mereka pula.

Yang terus teraniaya, haiwan-haiwan inilah...





Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Aliens & Anjing

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:43 PTG 0 000 orang comel komen sini
 
 
Mata ini baru saja hendak terlelap selepas penat melayan budak-budak berkaki empat yang ramai itu. Apatah lagi cuaca amat panas & diri sendiri juga masih batuk-batuk. Suara Ella weih! Jangan jealous!

"Assalamualaikum!"

Adoi laa...sapa pulak mai petang-petang ni? Tak reti nak tidoq kat rumah ka? Minum teh sambil kunyah cucuq pisang ka? Kacau aku nak tidoq aih!

Salam dijawab. Sebaik sahaja melihat aliens depan rumah, hati terasa lain. Mak mendekati pintu & salah seorang alien meminta izin untuk berjumpa abah. Manakala 2 orang aliens lagi merenung Comel & Papi yang sedang 'menyanyi-nyanyi' sakan melihat aliens di depan rumah. Sah! Hangpa memang aliens! Kalau orang yang datang, Comel & Papi tak macam tu. Mereka memang tak suka aliens datang!

Dalam otak ni, 1 benda ja...mesti aliens ni datang pasal anjing! Aku tau dah! Macam mana aku tau? Sebab aku tau la!

Abah keluar dari hilik menyambut kedatangan mereka. Oooh, jumlah aliens semuanya 4 orang rupanya. 2 daripada 4 aliens tu abah memang kenal. Yang lagi 2 tu...dah la penakut dengan anjing. Dah tau takut anjing, hang mai buat apa? Dok buat gedik lak! Meluat aku!

Mereka semua terdiri daripada seorang ustaz, seorang bekas guru & kini orang power Masjid Nibong Tebal & 2 orang pegawai Pejabat Agama. Oooh...SAH! PASAL ANJING LA NI!

Macam mana mereka ni tahu? Well...jiran-jiran saya ni ramai yang hatinya sangat berbau bangkai. Mereka jadi gila kalau ternampak kelibat anjing & kucing.

Cuaca yang sememangnya tengah panas, bertambah panas. Ikutkan hati, nak duduk sekali tetapi kebetulan mood pun kurang baik, takut nanti tercakap 'lebey' & menyinggung perasaan alien orang. Daripada terjadi perkara macam tu, baik lepak dalam bilik sambil pasang telinga.

Mulalah keluar hujah-hujah. Bukan dari ustaz, bukan dari 2 orang pegawai tu, tapi si bekas guru tu. Yawns...Pelik, pelik!  

Dear ustaz...Y U No Speak??? Same goes to u dear religious officers...WHY? WHY? WHY? Awat la hangpa biaq dia tu cakap sorang-sorang? Kesian dia...Kering tekak dia weih...Nasib baik mak aku baik hati buat ayaq bagi hangpa minum. Kalau tak, jadi padang pasiaq la tekak bekas guru yang power tu.

Abah pun cerita dari mula mengikut kronologi tentang kewujudan Comel & Papi di SINI & atas niat apa mereka di sini. Comel & Papi Jaga rumah, pak guard ni...paham??? Tapi, typical Malays with shallow mind memang tak boleh nak buat apa. Bla...bla...bla...

Tapi yang paling tak boleh accept, si bekas guru tu suruh serahkan Comel & Papi dekat MPSP.

"Awat tak bagi kat MPSP. Depa bela kot." katanya.

KOT?!!! KOT?!!!

Hoi! Hang tak tau kepala ekoq tak payah suggest buat lagu tu! Comel & Papi pun kami selamatkan dari dibunuh kejam oleh rejim zionis MPSP, hang nak suruh kami serah kat depa? Kalau tak tau apa-apa, tak payah cakap!

Lagi 1 suggestion tak masuk akal oleh beliau (pulak); letak Comel & Papi dalam sangkar then letak luar pagar rumah & buat bumbung. Eh, pandainya beliau! Pandai sungguh! Kalau rejim MPSP mai saman, hang nak bayaq??? Kalau jiran-jiran bagi racun, hang nak bertanggungjawab??? 

Seusai membrainwash, mereka pun berambus dengan penuh bangga. Okay, blah blah! Shoooooo...shooooooo!!!

Bluuueeekkk!!!



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Buat Renungan Kita Bersama...

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:07 PTG 0 000 orang comel komen sini

Sila klik gambar untuk imej lebih jelas.
 
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

Tiada sebab & alasan untuk kita memandang hina akan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH ini. Siapa kita untuk menghina mereka? Adakah kita terlalu mulia di sisiNya nanti jika hati kita kotor & angkuh? 

Jika kita menghina makhluk-makhluk ini, bermakna kita juga menghina Pencipta makhluk-makhluk tersebut. Kerosakan di bumi bukan angkara sesiapa, tetapi sesungguhnya tangan-tangan manusia itu sendiri yang menjahanamkan dunia.

Wallahualam.



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Anjing Vs Menganjing

ditaip oleh Hani El Zahra at 12:57 PTG 0 000 orang comel komen sini
 

Pagi tadi lepas bawa Comel & Papi jalan-jalan, saya cari si Sayang pula sebab semalam dia tak datang rumah langsung. Risau sangat-sangat! Dalam kepala dah macam teori yang kluar. Saya bawa skali kepala ayam rebus & kibbles untuk Sayang.

Masa jalan-jalan tu, langsung tak nampak kelibat si Sayang so saya bagi kibbles tu kat kucing-kucing terbiar. Jalan-jalan lagi, jumpa kawan si Sayang pula yang juga seekor anjing jalanan. Dia macam takut-takut so saya baling kepala ayam tu jauh-jauh & bila nampak dia macam dah agak jinak, saya suap terus ke mulut dia.

Ada beberapa orang nyonya yang baru balik dari market yang terletak berhampiran Yawata Supermarket di Nibong Tebal ni tegur saya & mereka macam surprise tengok Melayu bagi makan anjing. Masa saya dok syok-syok suap kawan si Sayang tu, tetiba saya dengar ada seekor manusia menjerit dengan muka tak puas hati a.k.a. muka macam nak telan orang,

"Woi!!! Bagi makan anjing kaaa???????!!!"

Grrrrr pantang tok nenek aku aih dengan orang Melayu yang perangai macam **** ni! Ikut sedap dia nak tengking eh? Cikgu sekolah aku pun tak pernah tengking aku macam tu!

Secara automatiknya dengan suara yang masih serak-serak ala-ala suara Ella (batuk tak baik lagi), saya tanya 'mangkuk' tu balik,

"Apa???! Salah ka aku bagi makan anjing???! Salah???!!!"

Saya ingatkan 'mangkuk' tu nak berhentikan kereta & nak cari gaduh ke apa...mai la kalau berani. Kalau dia mempersoalkan kenapa saya bagi anjing makan, saya akan mintak dia keluarkan ayat Quran atau Hadith tentang larangan memberi makanan kepada anjing. Confirm la dia menggelabah kan? Muahahahahaha! Tapi malangnya dia tak berhenti pulak, dia terus blah. Mungkin saya nampak garang kot. (Heh garang ke aku?)

Selepas tu saya sambung cari Sayang lagi tapi tak jumpa :( Risau sangat ni...Ya ALLAH, tolonglah lindungi Sayang & hijabkanlah dia dari pandangan manusia-manusia zalim...& janganlah biarkan dia kelaparan & kehausan...amin...

Kepada orang-orang Melayu/Islam yang sakit mata & sakit hati sangat dengan anjing ke kucing ke, sudah-sudahlah. Bukan saya nak paksa anda suka anjing. Yea laa, hati manusia ni lain-lain & alangkah ruginya mereka yang tidak mempunyai perasaan yang sangat indah ini; yakni rasa kasih & sayang terhadap haiwan. Rugi woooiii!!! Kalau anda Muslimin/Muslimat sejati, tentu anda tahu Rasulullah SAW juga menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk tidak kira spesis apa pun.

Kalau sakit mata sangat pun, tak payahlah nak jerit-jerit atau marah-marah orang lain yang ingin membuat kebajikan. Nampak sangat kebodohan & kejahilan anda di situ. Kalau ilmu agama tidak seberapa, jangan sesuka hati menjatuhkan hukum. Tanyalah kepada yang lebih arif. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. 

Lagipun lebih baik memberi makanan kepada anjing daripada menganjing orang, kan kan kan???

Kalau nak tahu rupa Sayang, ini haaa...Beliau amat murah dengan senyuman & beliau takut dengan kucing...errrkkk! 


*** Lepas update post ni...Sayang sampai rumah...Weeeeee! Alhamdulillah...habis makanan si Comel & si Papi dia makan...Tak apa laa Sayang...makan puas-puas...Cayunk Sayang sangat-sangat!!! 

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Blog Review: The Voice Of Aunty Umairah

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:25 PG 0 000 orang comel komen sini
 

Malam ini saya ingin membawa anda semua untuk menerjah ke sebuah blog yang sangat best & lain dari yang lain! Jangan malu-malu. Tekan SINI untuk melawat blog The Voice Of Aunty Umairah.


Siapa Aunty Umairah?

Aunty Umairah adalah seorang pencinta & aktivis haiwan. Rutin harian beliau adalah memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan 2 kali sehari di beberapa premis terbiar berhampiran tempat tinggal beliau. Selain itu, Aunty Umairah adalah seorang animal rescuer & menyediakan tempat tinggal untuk kucing-kucing yang diselamatkan oleh beliau. Kalau tak silap saya, dah lebih 6 dozen kucing-kucing Aunty Umairah. Kan aunty? =^_^=

Kenapa anda perlu melawat blog Aunty Umairah?

Blog Aunty Umairah menyajikan banyak ilmu yang kita tak tahu, atau mungkin terlepas pandang mengenai spesis haiwan yang agak kurang disenangi oleh masyarakat Melayu khususnya, iaitu anjing.

Banyak isu-isu penting yang dikupas oleh beliau & ditulis dengan cara yang amat mudah difahami. Selain itu, kisah-kisah haiwan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW juga dapat anda baca di blog beliau.

Saya sangat-sangat berharap persepsi anda terhadap anjing berubah selepas anda melawat & membaca artikel-artikel yang disediakan oleh Aunty Umairah. Tak perlu takut pada anjing & jangan hina anjing lagi ya. Kesian anjing. Anjing pun makhluk ALLAH SWT juga.

Klik SINI untuk melawat blog beliau & jangan lupa untuk 'like' facebook fanpage beliau di SINI.

We need more Aunty Umairah in Malaysia!


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

ALLAH Masih Sayangkan Kita

ditaip oleh Hani El Zahra at 5:02 PG

Sebagai manusia biasa, kita semua tidak terlepas dengan ujian dan dugaan yang diberikan ALLAH SWT. Tidak kiralah sama ada ujian itu kecil sahaja mahupun sebesar-besar ujian.

Sebagai manusia juga, kita kadang-kadang terlepas cakap dan menyalahkan takdir. Astagfirullahala'zim...tidakkah kita sedar bahawa kita sepatutnya bersyukur kerana diberi ujian oleh ALLAH SWT?

Sesungguhnya ujian yang diberikan itu adalah nikmat yang diberikan supaya kita sedar dan tidak alpa dengan kekayaan, cinta palsu dan kesenangan dunia yang tidak kekal. Sesungguhnya manusia mudah lupa apabila diri diulit nikmat dunia yang tidak seberapa ini. Kita menjadi lalai dan sombong dengan ALLAH SWT kerana terlalu taksub dengan dunia. Kita jadi lupa untuk bermanja dan meminta dari ALLAH SWT kerana kita mengganggap kita sudah ada segala-galanya, buat apa minta lagi?

Salah! Sesungguhnya ALLAH SWT amat suka jika kita ingat dan meminta dariNYA. ALLAH SWT tidak pernah lupakan kita. ALLAH Maha Pemurah, maka Dia suka memberi. ALLAH Maha Penyayang, maka Dia menyayangi hamba-hambaNYA yang taat.

Apa kaitannya dengan kesusahan dan ujian yang diberikan ALLAH SWT?

Gambar sekadar hiasan

Manusia biasanya mula merintih dan mengingati ALLAH SWT apabila diri ditimpa musibah. Tidak kiralah apa jua dugaan dan ujian yang diberikan; putus cinta, kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda.Pada waktu inilah kita mula menitiskan air mata meminta pertolongan dariNya. Pada masa susah dan terhimpit inilah kita mula bermanja-manja dengan ALLAH SWT dengan selalu menyebut namaNYA yang mulia agar diri lebih tenang. Sebab itulah ALLAH SWT memberi kita ujian, kerana Dia sayangkan kita dan mahu kita mendekatkan diri padaNya.

Sesungguhnya kerana kasih sayang ALLAH SWT itulah yang menyedarkan kita. ALLAH SWT akan membuka hijab segala bentuk kepalsuan dunia agar kita sedar dan agar kita dapat meyelamatkan diri dari terus hanyut.

Jangan ditanya kenapa kita ditimpa musibah dan diberi ujian tanpa henti. Itu semua kehendak ALLAH SWT kerana Dia sayangkan kita dan Dia mahu menguji sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran kita. Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin tinggi kasih sayang ALLAH SWT terhadap kita. Berbanding orang yang tidak diberi ujian, mungkin kurang sedikit kasih sayang ALLAH SWT kerana Dia masih belum mahu menyedarkan mereka. Hanya ALLAH yang Maha mengetahui.

Tetapi ingatlah, ALLAH SWT memberi ujian mengikut tahap kemampuan hambaNya. Dia tidak akan memberi ujian yang tidak termampu untuk diharungi oleh hambaNya itu. Percayalah bahawa ada hikmah di sebalik semua kejadian. Tentunya hikmah yang tersembunyi itu adalah untuk kebaikan kita kerana ALLAH SWT sayangkan kita dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallahualam.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Tempahkan Bilikku Di Neraka

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:25 PTG

Saya baru sahaja menerima email daripada seorang sahabat tentang sebuah kisah, dan saya rasa elok kisah ini kita kongsi bersama sebagai teladan. Renung-renungkanlah...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup Barat telah menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Walaupun tinggal di bumi Islam, pakaian gadis itu amat menjolok mata; begitu nipis sehingga hampir terlihat segala apa yang patut disembunyikan oleh seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Di dalam bas itu, ada seorang lelaki tua yang sudah beruban menegur gadis muda jelita itu, "Wahai pemudi, alangkah baiknya kalau kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam kamu, dan itu adalah lebih baik daripada kamu berpakaian begini dan pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki."

"Siapa kamu wahai orang tua?" tanya gadis itu kembali. "Apakah di tangan kamu ada kunci syurga? Atau kamu memiliki kuasa yang boleh menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang menghiris perasaan orang tua itu, si gadis tertawa, mengejek panjang. Tidak cukup dengan itu, dia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat, "Ambil ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar kata-kata gadis tersebut. Para penumpang lain turut terdiam sambil menggeleng-geleng, tidak mahu menasihati gadis itu lagi kerana khuatir dia akan terus menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas tiba di perhentian. Gadis bermulut celupar itu didapati tertidur. Puas pemandu bas dan para penumpang mengejutkannya, tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Datanglah orang tadi untuk memeriksa nadi si gadis, lalu menggelengkan kepala. Si gadis jelita bermulut celupar itu telah menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Semua yang ada begitu cemas dengan kejadian itu.

Dalam kekalutan itu, tiba-tiba tubuh si gadis terjatuh di pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah itu. Tetapi sesuatu yang aneh lagi mengejutkan terjadi. Jenazah si gadis menjadi hitam legam. Malah, tangan orang ramai yang menyentuhnya terasa panas dan hampir melecur.

Adakah hasrat si gadis untuk menempah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar supaya kita menjadi Muslim sejati dan jangan sesekali mempertikaikan hukum Allah dan sunnah RasulNya.

Wallahu'alam.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review