Memaparkan catatan dengan label akhirat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhirat. Papar semua catatan

Buat Renungan Kita Bersama...

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:07 PTG 0 000 orang comel komen sini

Sila klik gambar untuk imej lebih jelas.
 
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

Tiada sebab & alasan untuk kita memandang hina akan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH ini. Siapa kita untuk menghina mereka? Adakah kita terlalu mulia di sisiNya nanti jika hati kita kotor & angkuh? 

Jika kita menghina makhluk-makhluk ini, bermakna kita juga menghina Pencipta makhluk-makhluk tersebut. Kerosakan di bumi bukan angkara sesiapa, tetapi sesungguhnya tangan-tangan manusia itu sendiri yang menjahanamkan dunia.

Wallahualam.



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Blog Review: The Voice Of Aunty Umairah

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:25 PG 0 000 orang comel komen sini
 

Malam ini saya ingin membawa anda semua untuk menerjah ke sebuah blog yang sangat best & lain dari yang lain! Jangan malu-malu. Tekan SINI untuk melawat blog The Voice Of Aunty Umairah.


Siapa Aunty Umairah?

Aunty Umairah adalah seorang pencinta & aktivis haiwan. Rutin harian beliau adalah memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan 2 kali sehari di beberapa premis terbiar berhampiran tempat tinggal beliau. Selain itu, Aunty Umairah adalah seorang animal rescuer & menyediakan tempat tinggal untuk kucing-kucing yang diselamatkan oleh beliau. Kalau tak silap saya, dah lebih 6 dozen kucing-kucing Aunty Umairah. Kan aunty? =^_^=

Kenapa anda perlu melawat blog Aunty Umairah?

Blog Aunty Umairah menyajikan banyak ilmu yang kita tak tahu, atau mungkin terlepas pandang mengenai spesis haiwan yang agak kurang disenangi oleh masyarakat Melayu khususnya, iaitu anjing.

Banyak isu-isu penting yang dikupas oleh beliau & ditulis dengan cara yang amat mudah difahami. Selain itu, kisah-kisah haiwan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW juga dapat anda baca di blog beliau.

Saya sangat-sangat berharap persepsi anda terhadap anjing berubah selepas anda melawat & membaca artikel-artikel yang disediakan oleh Aunty Umairah. Tak perlu takut pada anjing & jangan hina anjing lagi ya. Kesian anjing. Anjing pun makhluk ALLAH SWT juga.

Klik SINI untuk melawat blog beliau & jangan lupa untuk 'like' facebook fanpage beliau di SINI.

We need more Aunty Umairah in Malaysia!


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

ALLAH Masih Sayangkan Kita

ditaip oleh Hani El Zahra at 5:02 PG

Sebagai manusia biasa, kita semua tidak terlepas dengan ujian dan dugaan yang diberikan ALLAH SWT. Tidak kiralah sama ada ujian itu kecil sahaja mahupun sebesar-besar ujian.

Sebagai manusia juga, kita kadang-kadang terlepas cakap dan menyalahkan takdir. Astagfirullahala'zim...tidakkah kita sedar bahawa kita sepatutnya bersyukur kerana diberi ujian oleh ALLAH SWT?

Sesungguhnya ujian yang diberikan itu adalah nikmat yang diberikan supaya kita sedar dan tidak alpa dengan kekayaan, cinta palsu dan kesenangan dunia yang tidak kekal. Sesungguhnya manusia mudah lupa apabila diri diulit nikmat dunia yang tidak seberapa ini. Kita menjadi lalai dan sombong dengan ALLAH SWT kerana terlalu taksub dengan dunia. Kita jadi lupa untuk bermanja dan meminta dari ALLAH SWT kerana kita mengganggap kita sudah ada segala-galanya, buat apa minta lagi?

Salah! Sesungguhnya ALLAH SWT amat suka jika kita ingat dan meminta dariNYA. ALLAH SWT tidak pernah lupakan kita. ALLAH Maha Pemurah, maka Dia suka memberi. ALLAH Maha Penyayang, maka Dia menyayangi hamba-hambaNYA yang taat.

Apa kaitannya dengan kesusahan dan ujian yang diberikan ALLAH SWT?

Gambar sekadar hiasan

Manusia biasanya mula merintih dan mengingati ALLAH SWT apabila diri ditimpa musibah. Tidak kiralah apa jua dugaan dan ujian yang diberikan; putus cinta, kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda.Pada waktu inilah kita mula menitiskan air mata meminta pertolongan dariNya. Pada masa susah dan terhimpit inilah kita mula bermanja-manja dengan ALLAH SWT dengan selalu menyebut namaNYA yang mulia agar diri lebih tenang. Sebab itulah ALLAH SWT memberi kita ujian, kerana Dia sayangkan kita dan mahu kita mendekatkan diri padaNya.

Sesungguhnya kerana kasih sayang ALLAH SWT itulah yang menyedarkan kita. ALLAH SWT akan membuka hijab segala bentuk kepalsuan dunia agar kita sedar dan agar kita dapat meyelamatkan diri dari terus hanyut.

Jangan ditanya kenapa kita ditimpa musibah dan diberi ujian tanpa henti. Itu semua kehendak ALLAH SWT kerana Dia sayangkan kita dan Dia mahu menguji sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran kita. Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin tinggi kasih sayang ALLAH SWT terhadap kita. Berbanding orang yang tidak diberi ujian, mungkin kurang sedikit kasih sayang ALLAH SWT kerana Dia masih belum mahu menyedarkan mereka. Hanya ALLAH yang Maha mengetahui.

Tetapi ingatlah, ALLAH SWT memberi ujian mengikut tahap kemampuan hambaNya. Dia tidak akan memberi ujian yang tidak termampu untuk diharungi oleh hambaNya itu. Percayalah bahawa ada hikmah di sebalik semua kejadian. Tentunya hikmah yang tersembunyi itu adalah untuk kebaikan kita kerana ALLAH SWT sayangkan kita dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallahualam.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

Tempahkan Bilikku Di Neraka

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:25 PTG

Saya baru sahaja menerima email daripada seorang sahabat tentang sebuah kisah, dan saya rasa elok kisah ini kita kongsi bersama sebagai teladan. Renung-renungkanlah...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup Barat telah menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Walaupun tinggal di bumi Islam, pakaian gadis itu amat menjolok mata; begitu nipis sehingga hampir terlihat segala apa yang patut disembunyikan oleh seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Di dalam bas itu, ada seorang lelaki tua yang sudah beruban menegur gadis muda jelita itu, "Wahai pemudi, alangkah baiknya kalau kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam kamu, dan itu adalah lebih baik daripada kamu berpakaian begini dan pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki."

"Siapa kamu wahai orang tua?" tanya gadis itu kembali. "Apakah di tangan kamu ada kunci syurga? Atau kamu memiliki kuasa yang boleh menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang menghiris perasaan orang tua itu, si gadis tertawa, mengejek panjang. Tidak cukup dengan itu, dia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat, "Ambil ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar kata-kata gadis tersebut. Para penumpang lain turut terdiam sambil menggeleng-geleng, tidak mahu menasihati gadis itu lagi kerana khuatir dia akan terus menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas tiba di perhentian. Gadis bermulut celupar itu didapati tertidur. Puas pemandu bas dan para penumpang mengejutkannya, tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Datanglah orang tadi untuk memeriksa nadi si gadis, lalu menggelengkan kepala. Si gadis jelita bermulut celupar itu telah menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Semua yang ada begitu cemas dengan kejadian itu.

Dalam kekalutan itu, tiba-tiba tubuh si gadis terjatuh di pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah itu. Tetapi sesuatu yang aneh lagi mengejutkan terjadi. Jenazah si gadis menjadi hitam legam. Malah, tangan orang ramai yang menyentuhnya terasa panas dan hampir melecur.

Adakah hasrat si gadis untuk menempah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar supaya kita menjadi Muslim sejati dan jangan sesekali mempertikaikan hukum Allah dan sunnah RasulNya.

Wallahu'alam.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review