Haha...Kan Dah Terkena Kat Muka Sendiri!

ditaip oleh Hani El Zahra at 11:00 PTG

Hari ni saya kena stomach ache...not stomach egg okay! Haha! Minum home made choco ice blended banyak sangat punya pasal kot. So, layan sajalah cerita-cerita kontot di bawah. Ada mesej tau. Enjoy!

Situasi 1

Ramlah & Ana Ismail dalam perjalanan pulang dari rumah Umi seusai sesi bergosip yang sudah menjadi rutin harian mereka setiap petang.

Ramlah: Tu...tu...Hang tengok dia tu. (sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang memberi makanan kepada seekor anjing)
Ana Ismail: Hoi pompuan! Hang ni pasai apa hah? Anjing pun nak tolong! Biaq la anjing tu mampuih kena bunuh dengan majlis perbandaran hari tu! Bodo punya oghang! Dah tak tau halal haram!
XXX: (tersenyum) Mak cik berdua setiap petang dok bergosip & mengumpat tu...tak haram ke?

Ramlah & Ana Ismail cepat-cepat goyang punggung berlalu dari situ dengan wajah macam dalca basi.

Situasi 2

Seorang wanita berbaju T ketat & berskirt pendek melintas di sebuah kawasan rumah kedai dengan lenggok persis Paris Hilton. Dia sedang membetul-betulkan rambutnya yang ditiup angin seraya terjerit kecil bajet comel.

Wanita seksi: OMG! You! Kenapa you bagi makan anjing tu? Nanti dia gesel-gesel you...atau dia jilat you nanti...ewwwwwwww...! You ni nampak macam Muslimah habis tapi anjing ni haram pun you tak tahu eh? How lame! (mencebik)
XXX: (tersenyum) Cik, cik dedah aurat tu tak haram ke?
Wanita seksi: Huh!!! @#&!lembu$#&**@!siputsedut@%^!@#@!!!

Lenggok Paris Hilton bertukar menjadi langkah Godzilla. Malangnya, tumit stiletto berwarna pink yang dipakai wanita seksi berkenaan patah lalu dia terpeleot di situ. Wahahaha!

Situasi 3

Seorang gadis & seorang lelaki sedang berjalan berpegangan tangan di sebuah taman. Sesekali si gadis kelihatan manja melentokkan kepalanya ke bahu si lelaki manakala si lelaki mencuit hidung aweknya itu.

Gadis: Assalamualaikum akak.
XXX: Waalaikumsalam.
Gadis: Akak, kenapa akak pegang anak anjing tu?
XXX: Oh, anak anjing ni duduk kat tengah jalan sana tu tadi. Akak angkat dia letak di sini sebab akak nak bagi dia makan.
Gadis: (menggeleng kepala) Ish ish akak ni. Kalau akak pegang anjing tu kan nak kena samak la, sertu la, itu la. ini la. Lecehlah!
XXX: Tak apa. Bulu anak anjing ni kering & tangan akak pun kering. 
Lelaki: Tapi anjing kan haram. Akak tak tahu ke? (pandang XXX atas bawah dengan pandangan yang sungguh kerek)
XXX: Adik berdua ni siapa ya? Adik & abang ke?
Gadis: Ini boyfriend saya kak. (sambil melentokkan kepala ke bahu mamat bajet handsome itu)
Lelaki: Ha'ah, dia awek saya. Cun kan awek saya? (sambil tersengih tayang gigi kuning)
XXX: Ooo couple la ni. 
Gadis & lelaki: Iye...iye...(serentak mereka menjawab dengan muka bangga tak ingat)
XXX: (tersenyum...heh, kerja senyum je dia ni) Adik-adik berdua ni bersentuhan seperti suami isteri padahal bukan, macam mana nak hapuskan dosa bersentuhan dengan yang bukan mahram tu ya? Kalau akak pegang anak anjing ni, akak boleh sertu. No problem. Korang macam mana ya?

Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu dengan wajah bak tempe basi mereka bergegas dari situ tanpa berpegangan tangan lagi.


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

1 000 orang comel komen sini:

Nong Andy berkata...

Anjing.. babi.. memang haram di sentuh.. tapi ia makhluk ciptaan Allah juga... pasti ada sebabnya ia di ciptakan ke Dunia ini olehNYa... dan memang haram di sentuh tapi ada cara utk memyucikan kesan sentuhan dgn samak..

memandang hina makhluk Allah yang dua itu sebenarnya adalah menunjukkan diri org itu lebih hina dari anjing dan babi...

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review