Pagi semalam rumah saya didatangi seorang pak cik di mana pak cik ini telah diamanahkan oleh pihak masjid untuk collect duit daripada para penduduk yang beragama Islam untuk jamuan moreh yang bakal diadakan Ramadhan nanti.
Untuk pengetahuan anda, pak cik ini adalah di antara insan yang berhati mulia yang masih wujud di Nibong Tebal ini tatkala rata-rata manusia yang menetap di sini sangat-sangat bencikan haiwan. Rutin harian beliau adalah memberi makanan kepada stray cats & dogs yang bergelandangan di sekitar kawasan market Nibong Tebal setiap pagi & petang.
Semoga ALLAH SWT memberkati hidup & memurahkan rezeki pak cik ini sekeluarga. Amin...
Namun, diri ini yang sememangnya dilanda stress tahap infiniti sejak dua menjak ini bagai nak meletup apabila mendengar cerita beliau tentang suatu peristiwa di mana sekumpulan mat rempit durjana memukul seekor anak anjing yang tidak berdosa beramai-ramai & hanya berhenti apabila ditengking & dimarahi beliau.
Tak cukup meragut orang, sekarang pukul haiwan pula sebab haiwan tak bawa handbag untuk anda ragut?
Tak cukup meragut orang, sekarang pukul haiwan pula sebab haiwan tak bawa handbag untuk anda ragut?
Wahai mat-mat rempit bangsat perosak agama, anda layak digilis treler.
Sepatutnya mat-mat rempit ni yang deserve to be euthanized...not the innocent stray animals!
Kepada manusia-manusia yang terlalu bencikan haiwan, sesungguhnya anda menghidapi masalah sakit jiwa yang sangat kronik. Sila dapatkan bantuan dengan segera.
Kepada pembunuh-pembunuh upahan majlis perbandaran & dewan bandaraya serta pengarah-pengarah majlis/pihak berkuasa tempatan, bersyukurlah anda tidak dilahirkan sebagai seekor anjing.
But sadly, you might have taken the human physical form but inside, you guys are worst than the devil.
Jika anda seekor anjing, barulah anda sedar bagaimana rasanya diri dihina, dipukul, diburu & akhirnya dibunuh tanpa ehsan.
3 000 orang comel komen sini:
sedihnya mengenangkan nasib anak anjing tu :(
moga Allah yg maha pengasih lg maha penyayang akan melindungi haiwan-haiwan tersebut, amin..
amin...
:( bila manusia bertuankan nafsu bkn akal...mcm tu la jadinya...
Saya teringat ajaran al-Quran yang menegaskan bahawa masalah umat manusia ini, iaitu yang menjadikan masyarakat mereka kucar-kacir, tidak tenteram, tidak bermoral, dan seterusnya tidak berperadaban, adalah berpunca dari penyakit yang dikenali sebagai ‘penyakit hati’.
Catat Ulasan