"Eeeiii...I tak suka kucing!"
"I tak minat kucing!"
Pasti anda sudah biasa terdengar ayat-ayat di atas kan? Alasan 'tak suka' atau 'tak minat' sudah terlalu biasa & selalu sahaja digunakan oleh kebanyakkan manusia yang mengaku manusia, dilahirkan dalam bentuk manusia tetapi malangnya kurang sifat-sifat kemanusiaan dalam diri.
Sebagai contoh, ketika makan di gerai, tiba-tiba datang seekor kucing mengiau-ngiau. Ada manusia yang sanggup beralih ke tempat duduk lain (dengan muka marah + mulut muncung yang boleh dibuat penyangkut baju) kerana jijik dengan kucing. Ada yang lebih teruk, pantang sahaja kucing melintas, pasti makhluk malang itu dicemuh, dihalau, ditendang, dipukul dan sebagainya.
Apa salahnya berkongsi sedikit rezeki tu? Tak jatuh miskin pun.
Andai kata anda menganggap kucing atau anjing itu makhluk kotor, jijik & hina, sila tanya diri anda kembali, adakah dengan sikap anda begitu ALLAH akan melihat anda sebagai manusia yang bersih & suci hatinya?
Sekurang-kurangnya, walaupun tidak mempunyai akal, haiwan tidak pernah mengingkari perintah ALLAH. Tetapi kita, walaupun diberi akal & kudrat, masih mengingkari perintahNya juga.
So, siapa yang lebih hina?
Malangnya, oleh kerana sikap manusia yang konon 'tak minat' kucing inilah nasib haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini masih tidak terbela.
Tiada paksaan di sini, tetapi bayangkan jika anda yang tidak sukakan kucing berhadapan dengan situasi di mana si kucing berada di dalam bahaya; contoh yang paling mudah kucing itu terjatuh ke dalam longkang & tidak mampu keluar...Atau kucing atau anjing yang dilanggar tapi masih hidup & jika cepat dibawa ke klinik haiwan nyawanya masih boleh diselamatkan.
Apa yang akan anda lakukan?
Buat tak tahu atas alasan anda tak minat kucing??? Atau anjing???
Adakah untuk menolong makhluk ALLAH yang menghadapi saat-saat getir seperti itu memerlukan 'minat'? Kalau anda berfikiran demikian, anda adalah manusia yang paling malang kerana tidak mempunyai sifat ihsan.
Just imagine jika anda berhadapan dengan situasi di mana seorang warga emas yang dilanggar lari & cedera tersadai di tepi jalan. Adakah anda akan membantunya atau,
"I tak minat pak cik tu! Tak payahlah tolong!"
Eeerrrkkk???!!! (o_O)"
Sadis!
Sedarlah, manusia, kucing, anjing & haiwan-haiwan lain juga adalah nyawa, sama seperti kita. Cuma bentuk sahaja yang berbeza. Kita berasa lapar, mereka juga lapar. Kita sakit dipukul, mereka juga berasa sakit dipukul, ditendang, disimbah air panas dan sebagainya.
Jadilah manusia yang berperikemanusiaan.
0 000 orang comel komen sini:
Catat Ulasan