Kunjungan Yang Dinanti

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:48 PTG
 
 
Kek span coklat yang sudah siap sejuk saya potong & atur satu-persatu ke dalam bekas. Jarum jam sudah menghampiri 1.30 petang. Hati saya sangat teruja. Yes! Sangat-sangat teruja kerana hari ini kami akan menerima kunjungan tetamu dari jauh yang sangat istimewa.

Hari Ahad, 16 September 2012 adalah tarikh yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Kedatangan Aunty Umairah & Uncle Anuar sangat-sangat dinantikan. Sebaik sahaja mendengar bunyi kenderaan di hadapan rumah, kelihatan Uncle Anuar yang macho keluar dari perut kereta memberi salam, diikuti Aunty Umairah serta Saudara Abdaladheem & isteri. Comel & Papi juga mendapat kenalan baru, iaitu Bobby & Baby milik Aunty Umairah & Uncle Anuar.

Perbualan kami banyak terjerumus ke arah permasalahan anjing & penerimaan neighbours di sini yang sememangnya langsung tidak boleh menerima kewujudan haiwan seperti anjing di sini. Manusia tak sedar diri macam tu laa...Sedangkan kucing-kucing terbiar juga dibaling batu, apatah lagi anjing. Banyak nasihat & penjelasan mengenai rukhsah & hukum-hakam diberikan oleh Uncle Anuar.


Sesungguhnya kami sekeluarga amat bersyukur & berterima kasih di atas kunjungan, semangat & sokongan yang diberikan kepada kami. Di saat kami sekeluarga dikecam, dihina, dicemuh, dipulau oleh orang sekeliling malah oleh ahli keluarga sendiri kerana memelihara Comel & Papi, Aunty Umairah & Uncle Anuar sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan & kekuatan kepada kami. Kami sangat-sangat terharu & bersyukur ^_^

Kunjungan mereka juga ekoran rumah kami yang pernah didatangi oleh seorang ustaz, seorang orang kuat Masjid Nibong Tebal & 2 orang pegawai dari Pejabat Agama kerana menerima laporan orang Islam memelihara anjing pada 10 September lalu. Cerita penuh di SINI. Cerita bagaimana anjing-anjing itu boleh berada di rumah kami pula di SINI.

Ini pula kek coklat dengan strawberry filling yang saya buat sendiri untuk tetamu-tetamu istimewa ini ^_^ Yes! I bake! Ingat orang tak tau masak ka? :P



Sesi bergambar. Tapi budak-budak tu tak nak pandang camera laa pula :( Cubit bontot sekor-sekor!

Sekali lagi, terima kasih infiniti dari kami sekeluarga.  Jika ada sumur di ladang, bolehlah Comel & Papi menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita semua berjumpa lagi...InsyaALLAH!


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

2 000 orang comel komen sini:

ashamami berkata...

ye hani...tak semua org pikir macam kita...kalau yg tak mau bela anjing tu x pe tapi kena tau la...jgn kutuk2. x mau bela just dok diam2...

mazni berkata...

Salam dari jauh;
Hanya allah yg tau niat kita...insyaallah..
Bersabar yer hani...

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review