Aduhai Sayang...

ditaip oleh Hani El Zahra at 6:09 PG
 
Jam sudah melewati 5 pagi tetapi mata ini masih tidak mahu tidur sejak semalam. Terlalu banyak yang bermain-main di fikiran & tidak dinafikan diri ini sangat stress. Kadang-kadang terfikir juga, awat aku yang stress lebih padahal 'makhluk' tu tak stress pun. Yea ka? Manalah tahu...dia haiwan & tak mampu bersuara. Kalaulah haiwan boleh bersuara, mampus manusia kena maki nanti. Haha!

Apa yang menyebabkan stress & tekanan ini?

Petang tadi, anjing yang setiap hari datang untuk menikmati rezeki di rumah ini yang diberi nama Sayang, tiba-tiba memberanikan diri dengan membawa anak-anaknya ke sini. Inilah pertama kali dia mengexpose anak-anaknya. Memang comel!




Teruja sangat melihat anak-anak anjing yang comel ini bermain-main. Tetapi keterujaan itu tidak kekal lama apabila melihatkan anak-anaknya berkejar-kejaran di tengah-tengah jalan, ditambah dengan pandangan penuh niat jahat oleh jiran tetangga.

Ya ALLAH!

Tiba-tiba sahaja nampak di tepi jalan itu penuh dengan anjing, apatah lagi si Milo, anjing betina yang baru 2 hari dibuang di sini oleh syaitan laknatullah mana entah, turut bermain bersama dan ini merupakan petanda yang tidak elok. Saya takut, malah teramat takut yang jiran-jiran berhati busuk di sini akan melaporkan hal ini kepada rejim zionis pihak berkuasa tempatan & seterusnya nasib mereka...anda sendiri tahulah.

Milo

Abah & mak juga sudah mula tidak sedap hati. Setelah lama berfikir, timbul idea untuk membawa masuk anak-anak ini serta ibunya untuk berlindung di car porch sementara mencari sesiapa yang sudi mengambil mereka.

Setelah diumpan dengan kepala ayam, anak-anak ini yang agak liar & takut-takut (ini pertama kali mereka berjumpa manusia agaknya) masuk ke dalam halaman rumah kami. Yes! Berjaya di situ. Sayang hanya relax, mungkin memang itu niat dia membawa anak-anaknya ke sini. Malangnya Comel & Papi langsung tidak boleh menerima kehadiran mereka. Maka bermulalah konsert K-9 di sini. Bingitnya telinga tak payah cakaplah. Siap terkencing terberak budak-budak tu.

Adoi...sapa pula nak bawak masuk depa ni dalam cage???

Saya memandang abah & abah memandang saya kembali. Of course laa saya yang kena kan? Dengan rasa takut tetapi buat-buat berani, saya cuba mendekati anak-anak kecil tersebut tapi...

Hohoho...! Tak berani!

Saya tiada pilihan lain lalu pergi ke rumah seorang jiran yang turut memelihara anjing untuk meminta bantuan tetapi malangnya dia tiada di rumah. Adoi laaaa!

Mak pula memberi suggestion untuk meminta jiran yang seorang lagi yang turut memelihara anjing. Saya nampak ramai yang sedang melepak di hadapan rumah mereka. Dengan muka tak tahu malu, saya mendekati mereka & bertanya kepada ibunya...

Saya: Aunty, anak aunty yang selalu bawak anjing jalan-jalan tu ada kat rumah tak?
Dia  : Wa tatau, dia lari sana sini (sambil tunjuk arah)  wa tatau!
Saya: Bukan...bukan. Saya tanya, anak aunty yang bela anjing kat dalam rumah aunty tu, dia ada kat rumah tak sekarang?
Dia : Apasal??? Lu mau apa???
Saya: Saya mau mintak tolong sama anak aunty, tolong masukkan anak-anak anjing dalam sangkar kami. Kami mau kasi orang bela.
Dia : Wa tatau wa tatau...bukan gua punya anjing!
Saya: (Grrrrrrrrrrrrrrrrrr....! Aku cakap lain dia cakap lain!)

Nasib baiklah salah seorang yang melepak di situ menawarkan diri untuk membantu. Maka uncle tu pun mengekori saya ke rumah. Beberapa kali dia cuba namun tidak berhasil. Anak-anak si Sayang terlalu takut, mungkin juga akibat disembur dengan air paip oleh si dungu sebelah rumah ini beberapa minit sebelum mereka masuk ke dalam halaman rumah kami.

Dengan rasa berat hati, terpaksalah kami melepaskan mereka keluar semula & hanya mampu melihat mereka bermain berkejaran di tengah-tengah jalan.

Jika ada insan yang berhati mulia yang membaca artikel ini & ingin mengambil mereka, sila hubungi saya di 012 300 6082.

Sesungguhnya, saya takut untuk menghadapi hari siang yang bakal tiba hanya beberapa jam lagi. Sebenarnya setiap hari saya begitu. Saya takut menghadapi segala kemungkinan & melihat nasib yang bakal diterima oleh haiwan-haiwan jalanan yang tidak berdosa ini.

Melampau?

Kadang-kadang saya rasa begitu. Saya terlampau bimbang & takut, bukan tentang nasib diri saya sendiri, tetapi haiwan-haiwan itu. Mak selalu menasihati saya supaya jangan 'terlebih sayang', tetapi perasaan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Nak buang jauh-jauh pun tak boleh.

I have to admit, perkara-perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan hidup saya. Bukan saya menyesal, malah saya bersyukur kerana ALLAH menganugerahkan perasaan ini kepada saya. Cuma kadangkala saya rasa diri ini tidak cukup kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. 

Selagi pemimpin-pemimpin & pihak berkuasa tempatan di Malaysia masih rendah akhlak, cetek akal, miskin kasih sayang & papa sifat ihsan, selagi itulah nasib haiwan-haiwan jalanan ini tidak terbela.

Ditambah dengan sikap anggota masyarakat sendiri yang buta perut & hati, berlaku zalim terhadap haiwan & memandang hina pada haiwan serta menafikan hak haiwan untuk hidup di bumi ALLAH, selagi itulah kebodohan & kejahilan hati mereka berterusan & seterusnya diwarisi oleh keturunan mereka pula.

Yang terus teraniaya, haiwan-haiwan inilah...





Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

0 000 orang comel komen sini:

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review