Pagi tadi lepas bawa Comel & Papi jalan-jalan, saya cari si Sayang pula sebab semalam dia tak datang rumah langsung. Risau sangat-sangat! Dalam kepala dah macam teori yang kluar. Saya bawa skali kepala ayam rebus & kibbles untuk Sayang.
Masa jalan-jalan tu, langsung tak nampak kelibat si Sayang so saya bagi kibbles tu kat kucing-kucing terbiar. Jalan-jalan lagi, jumpa kawan si Sayang pula yang juga seekor anjing jalanan. Dia macam takut-takut so saya baling kepala ayam tu jauh-jauh & bila nampak dia macam dah agak jinak, saya suap terus ke mulut dia.
Ada beberapa orang nyonya yang baru balik dari market yang terletak berhampiran Yawata Supermarket di Nibong Tebal ni tegur saya & mereka macam surprise tengok Melayu bagi makan anjing. Masa saya dok syok-syok suap kawan si Sayang tu, tetiba saya dengar ada seekor manusia menjerit dengan muka tak puas hati a.k.a. muka macam nak telan orang,
"Woi!!! Bagi makan anjing kaaa???????!!!"
Grrrrr pantang tok nenek aku aih dengan orang Melayu yang perangai macam **** ni! Ikut sedap dia nak tengking eh? Cikgu sekolah aku pun tak pernah tengking aku macam tu!
Secara automatiknya dengan suara yang masih serak-serak ala-ala suara Ella (batuk tak baik lagi), saya tanya 'mangkuk' tu balik,
"Apa???! Salah ka aku bagi makan anjing???! Salah???!!!"
Saya ingatkan 'mangkuk' tu nak berhentikan kereta & nak cari gaduh ke apa...mai la kalau berani. Kalau dia mempersoalkan kenapa saya bagi anjing makan, saya akan mintak dia keluarkan ayat Quran atau Hadith tentang larangan memberi makanan kepada anjing. Confirm la dia menggelabah kan? Muahahahahaha! Tapi malangnya dia tak berhenti pulak, dia terus blah. Mungkin saya nampak garang kot. (Heh garang ke aku?)
Selepas tu saya sambung cari Sayang lagi tapi tak jumpa :( Risau sangat ni...Ya ALLAH, tolonglah lindungi Sayang & hijabkanlah dia dari pandangan manusia-manusia zalim...& janganlah biarkan dia kelaparan & kehausan...amin...
Kepada orang-orang Melayu/Islam yang sakit mata & sakit hati sangat dengan anjing ke kucing ke, sudah-sudahlah. Bukan saya nak paksa anda suka anjing. Yea laa, hati manusia ni lain-lain & alangkah ruginya mereka yang tidak mempunyai perasaan yang sangat indah ini; yakni rasa kasih & sayang terhadap haiwan. Rugi woooiii!!! Kalau anda Muslimin/Muslimat sejati, tentu anda tahu Rasulullah SAW juga menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk tidak kira spesis apa pun.
Kalau sakit mata sangat pun, tak payahlah nak jerit-jerit atau marah-marah orang lain yang ingin membuat kebajikan. Nampak sangat kebodohan & kejahilan anda di situ. Kalau ilmu agama tidak seberapa, jangan sesuka hati menjatuhkan hukum. Tanyalah kepada yang lebih arif. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Lagipun lebih baik memberi makanan kepada anjing daripada menganjing orang, kan kan kan???
Kalau nak tahu rupa Sayang, ini haaa...Beliau amat murah dengan senyuman & beliau takut dengan kucing...errrkkk!
*** Lepas update post ni...Sayang sampai rumah...Weeeeee!
Alhamdulillah...habis makanan si Comel & si Papi dia makan...Tak apa
laa Sayang...makan puas-puas...Cayunk Sayang sangat-sangat!!!
0 000 orang comel komen sini:
Catat Ulasan