Perpisahan Demi Suatu Permulaan (Part 1)

ditaip oleh Hani El Zahra at 2:48 PG
 
 
Masih ingat lagi tentang Sayang & anak-anaknya? Sejak Jumaat lalu saya sangat stress kerana memikirkan keselamatan budak-budak bertiga itu. Saya mengiklankan mereka di beberapa fanpage di laman Facebook yang berkaitan dengan haiwan. Kalau saya keluar, saya menebalkan muka bertanya dengan sesiapa sahaja yang saya terserempak. Manalah tahu kalau mereka berminat untuk memelihara anjing sebagai teman.

Of course, saya tak putus-putus berdoa & meminta dari ALLAH supaya dipermudahkan segala urusan. Niat saya hanya satu; saya hanya mahu anak-anak anjing itu terus hidup di samping manusia yang menyayangi mereka. Mereka berhak hidup di bumi ALLAH ini. 
Dibunuh oleh majlis perbandaran tidak sepatutnya menjadi satu pengakhiran bagi haiwan-haiwan jalanan. Orang-orang majlis perbandaran fikir mereka itu siapa untuk mengambil nyawa makhluk ALLAH yang tidak berdosa??? Mereka bukan Tuhan!

Saya menjadi sangat sensitif & tertekan apabila memikirkan keselamatan anak-anak Sayang, Sayang sendiri & juga si Milo. Saya menangis & mak tidak putus-putus menasihati saya supaya bertenang & bertawakkal kepada ALLAH. Kepada sahabat saya, Isda Aidilla juga saya mengadu. Pendek kata, memang saya stress sangat-sangat!

Tapi ALHAMDULILLAH!

Janji ALLAH itu pasti. Jika niat kita berada di landasan yang betul & apa yang kita lakukan adalah kerana DIA, InsyaALLAH akan dipermudahkan segala urusan & DIA akan membantu kita dengan pelbagai cara.

Tengah hari tadi saya menerima panggilan & kiriman SMS daripada Save Our Strays (SOS) Penang. Menurut mereka, mereka telah menemui adopter yang berminat untuk mengambil 2 daripada 3 puppies milik Sayang itu. Mereka meminta saya menghantar puppies itu ke Georgetown. Masalahnya, saya tidak mempunyai transport untuk ke sana.

Bagaimana ya?

Mereka meminta saya untuk foster anak-anak anjing tersebut buat sementara waktu. Saya bersetuju. Mak & abah pun tidak kisah. Bagi kami, keselamatan & nyawa mereka lebih penting & kami hanya mahukan yang terbaik bagi mereka.

Saya sempat merakamkan video Sayang bersama anak-anaknya tengah hari tadi.


Tidak berapa lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada Mr. Freddie yang memberitahu bahawa dia telah diminta oleh SOS untuk mengambil puppies tersebut selepas Maghrib. Alangkah leganya kerana ia lebih cepat dari masa yang dijangka. Alhamdulillah...

Tidak dinafikan, perasaan sedih & kasihan juga bercampur-baur untuk memisahkan ibu dengan anak-anaknya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Tetapi apakan daya, keadaan memaksa & ini saja jalan penyelesaian untuk menyelamatkan nyawa mereka semua. 

Kalau dibiarkan begitu sahaja ke hulu ke hilir, pelbagai ancaman menanti mereka anak-beranak. Bukan sahaja ancaman dibunuh oleh pihak berkuasa yang zalim itu. Malah, manusia-manusia yang tinggal di kawasan perumahan ini boleh tahan juga; mereka benci haiwan jalanan!

Walaupun berat untuk melepaskan mereka pergi kerana rasa sayang sudah mula berputik, InsyaALLAH, akan ada masa depan yang lebih cerah & terjamin untuk anak-anak itu di samping keluarga baru.

Bersambung...

(dah hampir jam 3 pagi, mata dah tak boleh buka)



Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

0 000 orang comel komen sini:

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review