Anda pernah tak jadi macam ni? Haaa...mesti pernah kan? Kan? Kan? Tipulah kalau tak pernah. Kadang-kadang depan cakap tak suka, tapi dalam hati...dup dap dup dap. Bila dia ada depan mata, habis satu badan menggeletar, kan kan? Punyalah seksa nak control ayu *LOL*
Haish..agak tak bestlah bila rasa macam ni. Sebenarnya best juga tapi tak best juga. Wuwuwu! Yang best tu sebab kita ada seseorang yang kita suka. Hati pun rasa berbunga-bunga gitu .
~ ✿ ~ ✿ ~ ✿ ~
Mulalah kita kerap check laman sosial orang tu (Eh, eh...macam pernah buat je kan?) Yalah, nak tengok apa updates dia, dia buat apa, ataupun saja ulang tengok gambar-gambar dia yang dah berjuta kali tengok tu.
Lepas tu, kita layan lagu ni pula...
Perghhh!
Masa tu jugalah kotak imaginasi kita terbuka luas. Kita mula berimaginasi tentang orang yang kita suka tu. But hey, jangan imagine benda pelik-pelik pula! Tapi bagus tu, asah kreativiti dalam berimaginasi *ROFL*
Kalau kita mula sukakan seseorang, kita patut bersyukur kerana kita adalah manusia normal. Hihihi! Sebabnya memang fitrah manusia ada perasaan tu kan?
Masalahnya, kalau kita tak berapa kenal orang tu, Cuma disebabkan minat/hobi yang sama atau berkaitan yang menuntut komunikasi antara kita dengan orang tu...tiba-tiba 'ter'suka pula! (Boleh ke macam tu? But it's not impossible right?) Tapi dia maybe tak pandang kita langsung pun. Adoi! Macam mana nak buat ya?
Hahaha! Saya pun tak tahu.
Diam saja kot. I'm not that kind of person yang suka buat the 1st move. I'm not even a risk-taker. Tak pasal-pasal malu saja kena reject. Entah-entah dia dah berpunya pun. Lagipun, saya ni siapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan dia //(ㄒoㄒ)//
Tak apalah, simpan senyap-senyap saja kot. Berdoa & bertawakal sajalah. Walaupun kena ada usaha & ikhtiar, tapi...tapi...tapi...
Saya tak berani!!!
Eh kejap, kenapa tiba-tiba saya 'jiwang' pula? OMG this is so not me!!! Tidaaaaaaaaaaaakkkkkk!!! ٩(×̯×)۶
* Jangan ambil hati dengan apa yang saya tulis di atas. Anggap saja anda tidak pernah membacanya.