Resepi: Peanut Butter Brownies

ditaip oleh Hani El Zahra at 3:31 PG

Yea yea saya sedang ketandusan idea untuk mengupdate blog. Saya sedang dilanda kesibukkan yang teramat dasyat (LOL) sekarang ini sehinggakan untuk menghabiskan manuskrip yang sekerat-sekerat itu pun saya terumbang-ambing.

Tak apalah, di pagi buta ini saya ingin berkongsi satu resepi yang saya dapat melalui satu rancangan di saluran 703. Saya jamin resepi ini menjadi & sangat sedap! Resepi ini dipanggil Peanut Butter Brownie. Saya dah buat banyak kali tau! Okay, okay...cepat salin...ataupun copy & paste ja :P

 Saya hidang dengan homemade ais krim vanila yang dah nak cair! LOL

Bahan-bahan:
150 g peanut butter (crunchy)
100 g mentega
1 sudu teh esen vanila
170 g gula
1 biji telur
75 g coklat masakan (dipotong kecil)
125 g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
  1. Panaskan oven (170' C).
  2. Pukul peanut butter & mentega sehingga sebati.
  3. Masukkan gula, telur & esen vanila. Pukul lagi sampai sebati & berkrim.
  4. Dalam mangkuk lain, ayak tepung & baking powder. Kemudian campurkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul sampai sebati.
  5. Masukkan coklat & fold adunan tersebut.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris. Bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan sejuk. Potong & siap dihidang.
Senang bukan? Senang sangat & cepat untuk disiapkan. Rasanya pula...Ummmmmmppphhhhh!!!
Selamat mencuba!

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review