Masih ingat dengan kekejaman Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan? Mungkin ramai tidak ingat nama-nama ini tetapi mungkin anda ingat akan Petknode, iaitu sebuah premis penjagaan haiwan yang telah 'membunuh' 16 ekor kucing & menyeksa beratus ekor lagi dengan meninggalkan kucing-kucing terbabit tanpa makanan dan air serta berhimpit-himpit di dalam sangkar & diselaputi najis sepanjang cuti perayaan pada September 2011. Kalau dah tahu nak beraya, yang gatal galak offer boarding service tu awatnya? Sebab bayaran yang diterima daripada pemilik-pemilik kucing beratus-ratus ringgit? Sedap ya makan duit haram?
Salah seorang pemilik Petknode
Ada juga komen dari pembaca di sebuah blog yang mendakwa kedua-dua mereka ini menjual kucing-kucing dari baka baik dan apabila pemilik kucing datang untuk mengambil kucing milik mereka, pemilik Petknode yang berjiwa syaitan ini memberitahu pemilik kucing bahawa kucing mereka mati semasa di bawah jagaan premis tersebut. Ada juga yang mendakwa, ketika tembelang mereka pecah tahun lepas, 16 ekor kucing mati dalam keadaan yang sangat sadis dan beratus yang lain juga sengsara akibat kelaparan & dehidrasi, ada lebih kurang seratus ekor kucing lagi didapati hilang. Adakah kucing-kucing itu sudah dijual oleh mereka ini? Kalau benarlah seperti yang didakwa, Astagfirullahal'azim, memang...memang....%@&!^@#xf***!@#!%! mereka berdua!
Gambar ini dikatakan diambil ketika mereka ditahan di dalam lokap. Sumber.
Hari ini, 11 Jun 2012 merupakan tarikh perbicaraan kes pendakwaan ke atas Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Kalau diikutkan hati, saya ingin ke sana bersama-sama pencinta haiwan yang lain tetapi apakan daya, faktor lokasi & tanggungjawab di rumah tidak membenarkan saya ke sana. Walaubagaimanapun, harapan saya semuanya berjalan lancar & saya benar-benar berharap agar kedua-dua manusia berjiwa syaitan ini mendapat hukuman yang setimpal atau yang lebih berat.
Tetapi, ada desas-desus yang mengatakan perbicaraan terakhir akan berlangsung esok dan kedua mereka akan mengaku bersalah. TETAPI, apa yang merisaukan saya & aktivis haiwan yang lain, adalah denda yang bakal dikenakan ke atas mereka. Adakah RM200 dan/atau penjara sehari seperti yang dijatuhi ke atas seorang lagi manusia berijiwa syaitan bernama Ngiu Kok Kong, peniaga mi wantan yang menyimbah air panas ke atas seekor anjing Februari lalu?
Saya sangat-sangat kesal dengan undang-undang di Malaysia yang langsung tidak mengendahkan kebajikan haiwan. Oh ya, kalau Malaysia ambil berat tentang haiwan, takkan pula majlis perbandaran & dewan bandaraya sibuk-sibuk buat operasi bunuh anjing & kucing jalanan, kan?
Saya suka memetik kata-kata Mahatma Gandhi “The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated”.
Bagaimana masyarakat kita melayan haiwan-haiwan terutama sekali haiwan-haiwan jalanan di Malaysia? Bagaimana pihak berkuasa mengawal populasi haiwan-haiwan jalanan?
Baling batu? Pukul dengan kayu? Simbah air panas? Letak racun dalam makanan? Heret sepanjang jalan? Tembak? Tikam jantung? Bunuh?
Ternyata moral pihak berkuasa & anggota masyarakat hanya sekadar akal di atas tapak kaki & sangat-sangat menjengkelkan!
Kepada pencinta & aktivis haiwan tidak mengira kaum & agama, saya bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana masih ada insan yang berhati mulia seperti anda yang sanggup melabur wang, masa & tenaga demi menjaga & membela nasib haiwan-haiwan jalanan di saat pihak berkuasa tempatan dan anggota masyarakat lain masih buta mata & buta hati. Terima kasih banyak-banyak!
Walaupun usaha kita mungkin tidak dapat mengubah dunia yang semakin hari semakin kejam, tetapi ia dapat mengubah 'dunia' si kecil yang kita bantu itu & tentunya ia amat bererti bagi mereka.
Kepada anda yang tinggal berdekatan atau mungkin berkesempatan untuk ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok untuk perbicaraan terakhir kes Petknode, sila berkumpul di sana dengan memakai kemeja-T berwarna merah/hitam sebagai tanda protes di atas kekejaman mereka terhadap kucing-kucing yang telah diamanahkan kepada mereka. Klik sini untuk maklumat lanjut.
TARIKH : 12 JUN 2012
MASA : 9.30 PAGI
LOKASI : MAJISTRET 5, TINGKAT 3, MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA.
MASA : 9.30 PAGI
LOKASI : MAJISTRET 5, TINGKAT 3, MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA.
Teruskan perjuangan membela nasib haiwan-haiwan!