Inilah
pemilik PetKnode a.k.a. penaniaya/pendera/pembunuh kucing. Muka derkkk macam
tak bersalah kan? Benci aku!!! Benci! Benci! Benci! Kalaulah ada perempuan nak ambil jantan 2 ekor ni untuk dijadikan suami, haish tak tahulah! Kredit gambar.
Ini pula ibu salah seorang tertuduh yang 'pulun' menolak wartawan. Kredit gambar.
Patutlah anak macam tu. Tengoklah
sikap ibunya macam mana. Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
Yang pegang tangan makcik perasan brutal itu pula adalah loyar mereka.
Wahai encik loyar, duit punya pasal, apa pun boleh! Kan encik loyar? Tak buat penganiayaan ya? Kalau tak bagi makan minum sampai ada yang mati, tu bukan penganiayaan? Baca SINI kalau nak tahu apa loyar ni putar belit. Mahkamah dunia bolehlah putar belit. Kalau di mahkamah ALLAH nanti, awak tahulah!

"Muahahahahahaha! Happynya aku! 6K je kot kena bayar nanti...apa barang? Muahahahahahahahaha! Lalalalalalala..."
Oh
sengih ya? Sengihlah sebab berkemungkinan cuma bayar sikit saja kan
untuk pembunuhan & penganiayaan terhadap haiwan-haiwan
kesayangan Rasulullah SAW. Saya tak faham betul, sepatutnya si ibu
berasa malu dengan perlakuan anak dia. Tapi tengoklah, ahli keluarga
mereka semua muka selamba. Siap tersengih-sengih macam kerang busuk. Lagak macam tak bersalah langsung. Malu itu sebahagian daripada iman. Tetapi kalau memang tak tahu malu
macam mereka ini...hmmm... Kredit gambar.
PETALING JAYA: Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan
kucing sementara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada
Selasa, terhadap 30 pertuduhan mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing
hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan itu, tahun
lepas.
Shahrul Azuan Adanan, 29, dan Yushairi Khairuddin, 29, yang merupakan orang kena saman, pada Selasa menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze Lan. Pada Disember lepas, mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.
Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama telah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan, tanpa sebab munasabah yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing-kucing tersebut.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pusat jagaan kucing itu, di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Level 1, Plaza Seasons Square Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 hingga 4 Sept 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk menjatuhkan hukuman.
Terdahulu peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili Shahrul Azuan dan Yushairi menjelaskan kepada mahkamah apa yang berlaku merupakan pengabaian kerana tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing-kucing tersebut, bukan kezaliman.
Elena pula berkata berdasarkan laporan bedah siasat, haiwan itu seolah-olah diabaikan terlalu lama.
Pegawai Pendakwa Jamadi Badri daripada Jabatan Veterinar memberitahu mahkamah kedua-dua orang kena saman itu perlu mengetahui kemampuan mereka untuk mengambil jumlah haiwan peliharaan.
Sementara itu, lebih 30 orang pencinta haiwan peliharaan berpakaian serba merah hitam berkumpul di luar mahkamah. - BERNAMA
Dipetik dari mStar Online.

"Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau
kedua-duanya, jika disabit kesalahan."
Seriously??? RM200? Nilai nyawa haiwan setakat RM200? Akta ni tak releven langsung! Memalukan saja!
I have no mercy towards
orang yang kejam, zalim & tak punya hati perut terhadap haiwan.
Bagi saya, orang yang membenci, menganiaya dan membunuh haiwan adalah
manusia yang cacat hati. Begitu juga dengan mereka yang menyokong
pembunuhan haiwan-haiwan jalanan. Manusia seperti mereka adalah golongan
manusia yang buta hati & tidak punya rasa kasih sayang. Mereka
inilah golongan manusia yang melakukan kerosakan di bumi.
I HATE YOU TO DEATH!!!
...and I will haunt you forever...