Mati Termakan Racun

ditaip oleh Hani El Zahra at 7:58 PTG


NIBONG TEBAL- Seekor biawak ditemui mati di sebatang lorong belakang di Taman Nibong Tebal, di sini tengah hari ini.

Menurut saksi, beliau terkejut apabila menemui seekor biawak sepanjang 3 kaki dengan aksi yang pelik, tetapi hairan kerana biawak itu tidak bergerak langsung.

"Walaupun saya agak gementar, saya mendekati biawak itu untuk memastikan keadaannya. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat darah keluar melalui mulut dan 'tuttt' biawak berkenaan."

Difahamkan, biawak itu mungkin termakan makanan yang diletakkan racun oleh penduduk di sini dengan niat makanan itu dimakan oleh anjing dan kucing jalanan di sini. Namun jerat itu terkena pada biawak malang itu pula.

Sebelum ini dilaporkan bahawa biawak-biawak pelbagai saiz ditemui berkeliaran di sini dan pernah terlibat dalam kegiatan menculik dan membaham anak-anak kucing.


Pembiakan biawak semakin berleluasa di sini akibat daripada saluran parit dan longkang tidak diselenggara oleh pihak berwajib kerana mereka lebih berminat dalam aktiviti memburu dan membunuh anjing dan kucing jalanan.


Turut dikesali sikap penduduk di sini yang membenci haiwan dan sikap mementingkan diri sendiri di samping gemar menabur fitnah kerana perasaan iri terhadap orang lain. Dikhuatiri ini adalah racun dan punca kepada penyakit hati paling berbahaya yang telah menjangkiti beberapa keluarga di sini.

* Lama tak tulis berita sejak tamat pengajian di UIAM dahulu.

Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review