Seekor Manusia, Seorang Binatang

ditaip oleh Hani El Zahra at 1:47 PG


Tatkala bulan disampuk awan
Di sebatang lorong tandangan syaitan
Si kecil dilempar ke atas najis
Tidak dihirau esak dan tangis
Dia berlalu tanpa pelukan
Tiada juga senyum dan ciuman
Rayuan si kecil hanya angin lalu
Tidak langsung menyentuh kalbu
Aib di dunia yang dia takutkan
Bukan balasan Tuhan jadi persoalan
Yang penting, hidup mesti diteruskan
Anak itu? Ah, persetankan!

Di lorong sama di hujung jalan
Si ibu anjing menggonggong sisa makanan
Itu saja yang ada untuk santapan
Anak berlima pasti kelaparan
Kais pagi makan pagi
Petang nanti kan ku cari lagi
Untuk anak-anakku, aku rela berkorban
Asalkan mereka tidak mati kebuluran
Biarlah ku dihina, dicaci maki
Dibaling batu, juga disakiti
Seandainya aku boleh berkata-kata
Tentu manusia tidak membuatku derita


Klik LIKE atau SHARE jika anda suka entri ini. Please help me to spread the words.

 

Hani El Zahra Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review