
Selalunya kalau putus cinta, mesti sakit. Sakit yang teramat sangat dari hilir hinggalah ke ulu hati. Ada juga yang rasa seolah-olah badan dipotong, kemudian diperap pula dengan rempah dan limau nipis. Alang-alang bakar terus, yea tak? BBQ...mhmmmmm...yummy! Ada berani? Muahahahaha!
Relaxlah!
 Tak payah meneyerabutkan diri atau membazirkan air mata. Lebih baik air
 mata itu digunakan untuk menangis di atas sejadah ketika menghadap 
Tuhan atau kerana menyesali perbuatan kita yang terdahulu. Paling tidak,
 menangis tengok saudara seagama dibunuh dengan kejam, atau bila tengok 
haiwan-haiwan yang teraniaya *sobs sobs* Tetapi janganlah sekadar melihat sahaja, 
kalau boleh bantulah mereka setakat mana yang kita mampu. Sebab itulah 
Allah memberi kita rezeki, bukan untuk kita seorang. Tetapi untuk 
dikongsi dan dinikmati pleh makhluk lain juga. Dari situ barulah timbul 
rasa kasih sayang.
Berbalik
 kepada tajuk tadi. Sebenarnya perasaan sedih akan bertukar menjadi 
sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut yang 
positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati. Ikut hati, mati! Mudah 
saja, cara-caranya seperti di bawah.
Keputusan yang betul dan tepat
Sebelum
 memutuskan hubungan, anda haruslah tahu kenapa anda perlu memutuskan 
hubungan itu. Ingat, kalau anda ingin berumahtangga dengannya, keputusan
 ini adalah sekali dalam seumur hidup. Salah membuat keputusan bermakna 
merana sepanjang hayat.
Tak tahu bagaimana hendak membuat keputusan?
Ambil
 kertas dan senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu mengakhiri 
perhubungan dan juga sebab-sebab kenapa anda masih perlu meneruskan 
hubungan. Buat perbandingan di antara kedua-duanya. Jika senarai 
sebab-sebab mengapa anda patut meninggalkan si dia lebih panjang, fikir 
sendirilah apa yang patut anda lakukan.
Percaya pada takdir
Jangan
 menyesal andai putus cinta. Tentu ada sebab musababnya Tuhan mahu kita 
berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita bertemu insan yang 
benar-benar ditakdirkan untuk kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah
 di sebaliknya. Kita mungkin tidak sedar, tetapi Tuhan lebih mengetahui 
apa yang terbaik untuk kita. Anggap saja ia satu pengalaman berharga 
yang menambahkan lagi warna-warna dalam kehidupan.Weeeeeeeee!!!
Anda berhak mendapat yang lebih baik
Pujuk
 diri dengan menganggap anda terlalu istimewa dan dia sememangnya tidak 
layak memiliki anda. Mahukah anda hidup dengan seseorang yang tidak 
menghargai anda, sentiasa mengkritik hadiah pemberian anda, terlalu 
berkira, tidak boleh menerima keadaan anda dan macam-macam lagilah. 
Mahu? Kalau anda sanggup tidak mengapa. Tetapi kalau tidak sanggup, 
lebih baik letakkan tanda noktah di situ. Sememangnya dia tidak layak 
memiliki anda. Apa yang perlu anda lakukan; bersabar dan tunggu 
kemunculan si dia yang lebih menghargai anda. Jodoh itu rahsia ALLAH & hanya Dia yang mengetahui. Yang pasti, tentunya Dia akan memberikan yang terbaik buat anda (^_^)
Cintai diri sendiri
Sebelum
 menyintai orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Bagaimana untuk 
menyayangi diri sendiri? Senang saja, dekatkan diri pada Tuhan. Kalau 
anda sayangkan diri anda, tentu anda teringin masuk syurga. Kalau 
begitu, faham-faham sajalah. Anda sendiri tahu apa yang perlu anda buat, iaitu mengerjakan suruhanNya & meninggalkan segala laranganNya.
Buat duit
Putus
 cinta pun boleh buat duit? Betul ke? Ko kencing aku eh???!!!
Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lebih bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu. Bila dah siap nanti, bolehlah hantar manuskrip anda itu kepada penerbit. Lagipun kebanyakkan peminat novel di Malaysia suka novel bergenre cinta & romantis.
Alamak, kalau macam tu, saya pun kena tukar genre penulisan sayalah agaknya? Adoiiiii! (>_<)
Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lebih bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu. Bila dah siap nanti, bolehlah hantar manuskrip anda itu kepada penerbit. Lagipun kebanyakkan peminat novel di Malaysia suka novel bergenre cinta & romantis.
Alamak, kalau macam tu, saya pun kena tukar genre penulisan sayalah agaknya? Adoiiiii! (>_<)
Jadi,
 anda tak perlulah bersedih lagi. Menjadi solo kembali bukan bermakna 
satu hukuman, tetapi kenikmatan dan kegembiraan. Berhenti memburu cinta,
 tetapi jadilah seorang hamba yang dicintai.
Kalau anda mempunyai tips lain yang belum dinyatakan di atas, tinggalkan komen anda & kongsi-kongsikan tips anda pula. Sharing is caring, isn't it?
Kalau anda mempunyai tips lain yang belum dinyatakan di atas, tinggalkan komen anda & kongsi-kongsikan tips anda pula. Sharing is caring, isn't it?







2 000 orang comel komen sini:
Kenpa mesti melupakannya terus...
Kan masih boleh berkawan sebagai saudara sesama islam...
bukan utk melupakan terus...tetapi tips ini sekadar utk mereka yg menghadapi kesukaran melupakan perasaan 'istimewa' tu. mmg x boleh putuskan silaturahim tu...tapi kalau dalam hati masih ada rasa yg x brp best tu...susah gak kalau nk berkwn kan? takut berdendam lg, atau masih cemburu & sebagainya.
Catat Ulasan